top of page

Tradisi Rātib al-‘Aṭṭās di ‘Alam Melayu: Sanad, Kitab dan Peng‘amalannya yang berada di tangan pembaca ini adalah sangat istimewa kerana ia mengandungi antara lain; pengenalan terhadap Rātib al-‘Aṭṭās, fa’idah dan qa‘idah membacanya, riwayat hidup Ḥabīb ‘Umar bin ‘Abd al-Raḥmān al-‘Aṭṭās dan juga sharah kepadanya dalam bahasa Melayu pada bahagian kedua. 

 

Di samping itu ia juga mendedahkan tentang peng‘amalan Rātib al-‘Aṭṭās merentas dunya dan khususnya sejarah peng‘amalannya di ‘Alam Melayu. Pada masa yang sama, pembaca juga dihidangkan dengan gambar-gambar Maqam Ṣāḥib al-Rātib dan juga naskhah-naskhah dari pelbagai edisi Rātib al-‘Aṭṭās.

 

Tentulah ia akan membuka fikiran mereka yang memerhatikan bagaimana satu orang ‘alim yang tawadu‘ yang tinggal di sebuah lembah yang tersembunyi dari dunya pada zamannya boleh meninggalkan himpunan 17 dhikir yang sehinggalah hari ini terus di‘amalkan dengan rantaian sanad dan pengijazahannya, yang saban hari terus berkembang dan terus memberikan manfa‘at bagi manusia.

 

Barangkali inilah yang diisharatkan oleh al-Qur’ān al-Karīm sebagai pohon yang baik yang akarnya membenam di bumi dan dahannya melambai di langit murni, yang buahnya terus dini‘mati dari semasa ke semasa.

 

Terbitan Akademi Jawi Malaysia dengan kerjasama Amanah Hawi Al-Khairat (HAK)

Tradisi Ratib al-Attas di Alam Melayu: Sanad, Kitab dan Pengamalannya

SKU: 978-967-2422-97-6
MYR 65,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page