Pakej Siri Cherita Shakespeare-Za'ba
Pendeta Za’ba menegaskan dalam rencananya berjudul “Kewajipan Terjemah-Menterjemah” bahawa kerja-kerja terjemahan perlu dibuat kepada karya-karya besar seperti yang dihasilkan oleh pujangga Barat Shakespeare atas sebab jalan bahasa dan jalan ceritanya.
Katanya, “... sesungguhnya terjemah-menterjemah inilah setengah daripada langkah-langkah pertama yang telah diambil oleh kebanyakan pemerintah-pemerintah dan pendeta-pendeta yang berkehendakkan kemajuan bagi orang-orang negerinya dan bangsanya semenjak zaman purbakala.”
Terjemahan juga adalah cara untuk membanyakkan penerbitan buku baharu berdasarkan judul-judul terbaik dari luar negara dan "dapatlah tiap-tiap yang menerima pusaka itu mengembangkan taburan benih-benihan itu ke dalam antara perhimpunan kaumnya sendiri.”
Cerita-cerita wayang yang dikarang Shakespeare ini patut menjadi contoh pengarangan yang baik dalam bahasa Inggeris, yang “... dipakai bagi pelajaran bahasa dan persuratan Inggeris dalam darjah-darjah tinggi, di sekolah-sekolah Inggeris serata dunia” serta “telah terhidang dalam berbagai-bagai bahasa.”
Pendeta Za’ba menggunakan istilah suka untuk 𝒄𝒐𝒎𝒆𝒅𝒚 dan duka bagi 𝒕𝒓𝒂𝒈𝒆𝒅𝒚 yang diperihalkan oleh Shapespeare.
Usah lepaskan peluang untuk mendapatkan Pakej Siri Cherita Shakespeare-Za'ba dengan tawaran yang menarik ini!
- Pakej Siri Cherita Baharu: RM35.00
- Pakej Siri Cherita Suka: RM65.00
- Pakej Siri Cherita Duka: RM65.00
- Pakej Siri Cherita Semua Judul: RM125.00
top of page
MYR 20,00Harga
Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda.
Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.
Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن
bottom of page


























































