top of page

Sila pilih HITPAY untuk pembayaran melalui FPX


1. Replika Peta Pancaran Cahaya al-Quran al-Karim ke Seluruh Alam

*Rujuk gambar 1*
 

Saiz: 18.5 x 25 inci

peta sahaja, tidak termasuk bingkai
Harga: RM20.00/keping (Penghantaran beserta dengan kotak)
Terbitan: Akademi Jawi Malaysia, Ogos 2018


Ma’lumat Peta:
Peta ini diterbitkan bersekali dalam Tafsīr ‘Abdu'Llāh ‘Abbās Nasution (1912-1987), tafsīr seorang ‘ālim dari Kedah Dār al-Āmān. Beliau ialah mudir kepada pondok Ma‘had Iḥyā al-‘Ulūm al-Dīniyyah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

 

Keistimewaan peta ini:
• Keseluruhan peta ialah dalam tulisan Jāwī dan dicetak dengan warna.
• Bendera-bendera negara Islam dan negeri-negeri yang banyak diduduki oleh ummat Islam
- lihat juga bendera negeri-negeri Melayu, bendera negara Malaysia dan Indonesia, bendera asal Singapura, dan juga bendera UMNO dan PAS yang hampir serupa.
• Peta Kecil Sejarah perkembangan Islām di Kepulauan Melayu Raya berserta tarikh.
• Peta Kecil Negeri-negeri Islām di India
• Peta Kecil Negara Islām di Timur Tengah.
• Peta Kecil Julung-julung Negara Islām yang Berjalan di dalamnya Ḥukūm-ḥukūm Allāh.
• Taburan penduduk Islam di benua Asia, Afrika dan Eropah pada tahun 1960-an yang ditanda kepadatannya dengan warna merah.


 

2. Peta Semenanjung Tanah Melayu - Saiz A1 (594 x 841 mm)
*Rujuk gambar 2*

 

Peta yang dilukis tangan ini menampilkan muka bumi Semenanjung Tanah Melayu, dari Singapura di selatan hingga sebahagian negeri Terang dan Merdelong di utara.

 

Dicetak dengan tiga tinta, peta ini menampilkan nama-nama negeri (emas), nama-nama semua da’irah atau jajahan atau luak (coklat), serta ibu-ibu negeri dan ibu da’irah (merah). Nama nama ini adalah berdasarkan nama semasa ketika peta ini dilukis, iaitu pada tahun 2023-2024. 

 

Nama-nama ini disuratkan dengan qa‘idah Jawi Tradisi dan disertakan ruminya. Jika nama-nama semasanya dalam bahasa asing (seperti Inggeris atau Thai), maka sebahagian besarnya diberi nama Melayu dengan meruju‘ pelbagai sumber sejarah. Nama-nama da’irah dan penerangan peta ini disuratkan dalam salah satu gaya khat Melayu yang selalu didapati pada naskhah-naskhah tangan (manuskrip) Jawi. Manakala baki yang lain adalah dalam gaya khat Naskh. 

 

Istimewa lagi, turut ditampilkan bentuk muka bumi seperti sungai-sungai utama, tasik atau empangan, dan pulau-pulau besar di sekeliling yang masing-masing dicatat namanya. Tambahan lagi, ditampilkan juga banjaran gunung ganang yang menjadi tulang belakang bumi Semenanjung Tanah Melayu, dengan gunung-gunung utama dicatatkan nama dan ketinggiannya.

 

Turut disertakan ialah petunjuk peta, nilai garis lintang dan bujur, 16 mata angin Melayu, nisbah peta (skala), dan penerangan ringkas. Semuanya dalam Jawi Tradisi yang disertakan ruminya.

Koleksi Peta Jawi

RM20,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page