top of page

سرنتوْ جاوي

Serantau Jawi

Pelancongan ‘Ilmu dan Budaya Jawi

Tentang Serantau Jawi •  تنتڠ سرنتوْ جاوي

Tradisi Ke‘ilmuan dan Kebudayaan Jawi ialah sebuah khazanah kebudayaan, kesenian dan warisan yang sangat istimewa di Malaysia.
 
Ia telah bertapak semenjak 700 tahun yang lampau dan telah memberi pengaruh yang sangat besar dan mendasar kepada sejarah, kebudayaan dan pembentukan identiti tanah air.
​
Sungguhpun telah ditetapkan Jawi sebagai sebuah khazanah warisan tanah air yang penting, belum terdapat usaha bersepadu yang jelas dan tepat untuk mengangkat dan memperkenalkan ke‘ilmuan dan kebudayaannya ke tengah masyarakat.
 
Apatah lagi untuk mengusahakannya sebagai produk kebudayaan unik Malaysia ke peringkat negara serantau yang turut berkongsi rumpunan tradisi ke‘ilmuan dan kebudayaan yang sama – seperti di Indonesia, Singapura, Brunei dan Selatan Thailand.
​
Akademi Jawi Malaysia ialah sebuah sharikat swasta yang bercita-cita untuk menjadi pusat ke‘ilmuan, kebudayaan dan persuratan Jawi yang dii‘tirafi di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.
 
Sepanjang 12 tahun penubuhannya, Akademi Jawi Malaysia telah berpengalaman dalam menggerakkan kegiatan peringkat tanah air dan antarabangsa, baik dalam bentuk fizikal dan digital, berteraskan khazanah Ke‘ilmuan dan Kebudayaan Jawi ini.
​
Shahdan, kami telah menyusun program bersepadu bagi mera‘ikan ‘ilmu dan budaya dalam bentuk pelancongan ‘ilmu dan budaya (cultural edu-tourism) yang dinamakan Projek Serantau Jawi yang merangkumi kegiatan:

Hadirin mendengar majlis ilmu di Balai Jawi

Acara Ke‘ilmuan & Kebudayaan

Kegiatan sharahan, kolokium dan bengkel ke‘ilmuan dan kebudayaan Jawi.

Peserta belajar menulis khat Jawi

Pameran Tradisi Ke‘ilmuan Jawi

Pengalaman belajar tradisi ke‘ilmuan Jawi dengan menarik dan interaktif

Tetamu di hadapan bangunan Akademi Jawi Malaysia

Jelajah Ke‘ilmuan Jawi

Pengembaraan mengenali  penggiat dan tempat utama tradisi Jawi

Akan Datang
Bangunan lama bercat putih di tengah taman

Dewan dan Inapan Balai Jawi

Ruang istimewa untuk  menghidupkan budaya ‘ilmu dan jaringan serantau Jawi

Akan Datang
Hadirin mendengar majlis ilmu di Balai Jawi

اچارا كعلموان دان كبوديأن
Acara Ke‘ilmuan & Kebudayaan

  • Siri Kuliah: The Problem of the Loss of Adab and Other Issues
    Siri Kuliah: The Problem of the Loss of Adab and Other Issues
    Beberapa Tanggal
    Min, 18 Okt
    Balai Jawi
    Siri kuliah hibrid oleh Wan Mohd Nor Wan Daud, setiap dua minggu pada hari Ahad, 9.00–11.00 pagi. Hadir di Balai Jawi (terhad 40 tempat) atau tonton secara langsung di Maratib.my.
  • Bicara Tradisi: Rātib al-‘Aṭṭās
    Bicara Tradisi: Rātib al-‘Aṭṭās
    Jum, 16 Okt
    Dalam talian (Facebook & YouTube AJM)
    Bicara Tradisi bersama Ustadh Syed Muhiyuddin al-Attas, Ustadh Wan Mohamad Mukmin bin Wan Mahadi dan Haji Abdul Razak Abdul Rahman. Siaran langsung dalam talian.
  • Pekan Sari Seni Tradisi
    Pekan Sari Seni Tradisi
    Sab, 10 Jan
    Kajang
    •⁠ ⁠Menghidupkan seni tradisi dengan ‘ilmu dan bimbingan pakar dan ahlinya •⁠ ⁠⁠Mengenali dan merasai sendiri menghasilkan kerja seni tradisi •⁠ ⁠⁠Membina jaringan baharu dengan pencinta seni tradisi.
  • Kursus Pengenalan: Jawi Tradisi dan Ragam Hias
    Kursus Pengenalan: Jawi Tradisi dan Ragam Hias
    Jum, 14 Feb
    Kajang
    Belajar Kemahiran Meniru, Melakar, Melukis, Mewarna, Menekap Seni Jawi Tradisi bersama En Syamsul Anwar, pelukis tradisi berpengalaman dari Terengganu. Pelajari sentuhan sebenar tradisi seni Melayu yang menepati seni caragaya Melayu yang sejati.

ڤاميران تراديسي كعلموان جاوي
Pameran Tradisi Ke‘ilmuan Jawi

Tidak ada yang dapat dipesan saat ini. Periksa kembali nanti.
bottom of page