top of page

Syarahan Keris Mas Kali ke-5 ini mengutarakan konsep “sastera alam” yang sudah lama bermula tetapi masih belum diterima dengan meluas dalam masyarakat awam, walaupun di Barat. Kurangnya kefahaman tentang pelestarian alam sekitar dalam masyarakat walaupun krisis alam sekitar semakin berleluasa di seluruh dunia, termasuk dalam kalangan sarjana dan pengarang. Tambahan pula banyak isu besar lain yang lebih diberi perhatian, terutamanya geopolitik serantau, krisis di Timur Tengah, krisis kewangan, bekalan sumber tenaga, perang dagang dan sebagainya. 

 

Syarahan ini cuba memperkenal dan mendorong lebih ramai pendokong sastera memahami kepentingan sastera alam sehingga turut merasa teruja untuk bersama-sama dalam gelombang besar yang dipacu pemikir, aktivis, pengamal dan pengurus alam sekitar bagi memastikan krisis alam sekitar – terutamanya perubahan iklim dan pemanasan suhu bumi - dapat ditangani dengan sebaiknya. Selain menghasilkan lebih banyak karya sastera yang mempunyai unsur-unsur alam (meningkatkan kesedaran, kefahaman dan keprihatinan dalam konteks pendidikan alam sekitar), pemikiran dan konsep sastera alam dalam bahasa Melayu juga perlu dikembangkan dengan lebih meluas dan mendalam.

 

Profesor Emeritus Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ialah Pengerusi, Majlis Kelayakan Malaysia (MQA), Pro-Canselor, Management and Science University (MSU) dan Professor Fellow Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Merupakan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (2008-2013) dan Ketua Setiausaha enam kementerian berkaitan dengan pendidikan tinggi, alam sekitar, air, tenaga, teknologi hijau, sumber manusia dan kesihatan (2013-2025). Menjadi Profesor Tamu Kehormat di Imperial College London (sejak 2010) dan Presiden Harvard Business School Alumni Club, Malaysia (sejak 2016). Penerima pertama Anugerah Merdeka (Pencapaian Akademik, 2009), Anugerah Air Malaysia 2004, Tokoh Maal Hijah Kebangsaan 2019 dan Tokoh Kejuruteraan Negara 2025. Menulis (dan menulis bersama) lebih 300 artikel saintifik, 2000 artikel umum dan 58 buah buku, termasuk 6 kumpulan puisi alam.

Sastera Alam dalam Alam Sastera

SKU: 978-629-7969-01-5
MYR 50,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page