top of page

Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf al-Fanṣūrī al-Jāwī ialah salah seorang ‘ulama terkemuka Aceh qurun ke-17 yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam di Alam Melayu. Beliau dikenali sebagai seorang yang pakar dalam bidang fiqh (faqīh), pengarang yang prolifik, tokoh pendidikan, ‘ulama Sufi dan khalifah utama tariqat Shaṭṭāriyyah di rantau ini. 

 

Beliau berasal dari Singkil, Aceh Darussalam. Laqab al-Fanṣūrī yang digunakannya adalah kerana Singkil berhampiran dengan Barus (Fansur) yang pada masa itu dikenali sebagai sebuah pelabuhan antarabangsa. 

Selepas mendapatkan pendidikan asas di tanah kelahirannya, Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf meneruskan pengajian ke Asia Barat. Beliau menghabiskan masa selama sembilan belas tahun untuk mempelajari pelbagai cabang ‘ilmu agama di beberapa bandar seperti Doha, Qatar; beberapa bandar di Yaman; Jeddah, Makkah; dan Madinah. Dengan demikian Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf telah berguru dengan ramai ‘ulama di semenanjung Arab dan juga membina hubungan baik dengan yang lainnya.

 

Dalam bidang persuratan dan tasawwuf, Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf dipandang sebagai antara pengarang Muslim terawwal dan tokoh ‘ulama Sufi Alam Melayu terkemuka pada qurun ke-16 dan ke-17 di samping Shaykh Ḥamzah al-Fanṣūrī (w. 1016/1607), Shaykh Shams al-Dīn al-Sumaṭrā’ī (w. 1039/1630) dan Shaykh Nūr al-Dīn al-Rānīrī (w. 1068/1658).

Dari Singkil ke Haramayn: Jejak Pemikiran Shaykh ‘Abd al-Ra’uf al-Fansuri

SKU: 9786297969060
MYR 30,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page