top of page

Judul: Daqā’iq al-Ḥurūf oleh Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī

Pengkaji: Dr. Ridwan Arif

Muka Surat: x + 162

ISBN: 978-967-2422-85-3

Harga: RM45.00

 

Siri Persuratan Jawi kali ini menampilkan karangan Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī (w. 1105H/1693M) yang berjudul Daqā’iq al-Ḥurūf, ertinya: “Kefahaman yang mendalam tentang Ḥurūf.” “Ḥurūf” di sini meruju‘ kepada “ḥurūfan ‘āliyāt”, iaitu istilah taṣawwuf yang digunakan oleh Ibn ‘Arabī dalam sebuah sha‘irnya.

 

Dalam karya ini, pengarang membahathkan perihal martabat Aḥadiyyah, Waḥdah dan Wāḥidiyyah; tentang haqiqat ‘alam yang bersalahan dengan Tuhan; tentang tawḥīd dan pembahagiannya; tentang dhikr, dalilnya, keutamaannya dan jenis-jenisnya; dan tentang tipu daya shaytan dan segala musuh manusia.

 

Penerbitan ini ialah hasil kajian terhadap manuskrip yang tersimpan di Perpustakaan Negara Malaysia. Pengkaji membahagikan buku ini kepada dua bahagian: bahagian pertama, latar belakang Shaykh ‘Abd al-Ra’ūf bin ‘Alī al-Fanṣūrī al-Jāwī dan pengenalan ringkas naskhah Daqā’iq al-Ḥurūf; dan bahagian kedua, perumian teks Daqā’iq al-Ḥurūf. Manuskrip asal yang dikaji juga dilampirkan untuk ruju‘kan pembaca.

Daqa'iq al-Huruf

SKU: 9789672422853
RM45,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page