كارڠن بسر بهاس جاوي ابد كدوا ڤوله ساتو
Karangan Besar Bahasa Jawi Abad ke-21
رقمن سمينر دان ڤمشهوران رسالة جاوي
Raqaman Seminar dan Pemashhuran Risalah Jawi
كارڠن تنتڠ رسالة انتوق قوم مسلمين
Karangan tentang Risalah untuk Kaum Muslimin
كلبيهن رسالة جاوي
Kelebihan Risalah
01
Pengarang
Risalah untuk Kaum Muslimin ialah sebuah karangan besar bahasa Melayu abad ke-21 oleh mahaguru bangsa dan zaman, Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad al-Naquib al-Attas.
03
Faham Penting
Risalah ini merumuskan faham-faham penting Islam yang dihuraikan dan dibandingkan pula dengan faham-faham asing Barat untuk menampakkan ketaranya penyeludupan kekeliruan dalam fikiran kaum Muslimin masakini.
02
Masalah & Penyelesaian
Risalah ini ialah yang pertama mula mengenal pasti dan menggalur masalah kegentingan Kaum Muslimin masakini, serta menawarkan jalan penyelesaian terhadap kemelut pemikiran dan ma‘na diri yang dideritai kita kini.
04
Renungan Mendalam
Risalah ini dalam Bahasa Jawi Tradisi adalah untuk meraqam, menjelas dan mengemukakan istilah dasar Islam, perbahathan pemikiran dan renungan mendalam ‘ilmuwan besar kita masakini dalam bentuk persuratan asli Bahasa Islam.
تيكد ڤنربيتن اين اياله سڤاي رسالة جاوي منجادي ڤمڠكين كبڠكيتن بهاس ملايو جاوي ڤد زمان اين، برڤاسقكن اكر تراديسي كعلموان، كبودايأن دان كتمدنن إسلام
Tekad penerbitan ini ialah supaya Risalah Jawi menjadi pemangkin kebangkitan Bahasa Melayu Jawi zaman ini, berpasakkan akar tradisi ke‘ilmuan, kebudayaan dan ketamadunan Islam.
Risalah untuk Kaum Muslimin Jawi ini disuratkan sepenuhnya mengikut terbitan asal Rumi yang pertama kali diterbitkan pada tahun 2001, ya‘ni tanpa mengubah gaya bahasa asal pengarang.
Penyuratan Risalah Jawi dijawikan mengikut qa‘idah Jawi Tradisi, Akademi Jawi Malaysia, dengan tujuan untuk menzahirkan kesempurnaan lagak dan kacak bahasa Melayu Jawi.
Penerbitan ini diserikan dengan ragam hias Melayu yang menuruti dan menuturi tradisi naskhah tangan (manuskrip)
Melayu-Jawi.
Penerbitan ini menampilkan ragam hias gunungan, bunga bayam peraksi, bunga pecah empat dan bunga pecah tiga; hasil kehalusan seni tangan pasukan Malai Kencana.
Istimewanya ragam hias Melayu ini diserikan dengan segak warna Melayu, iaitu warna hitam, putih, merah dan kuning. Inilah warna-warna utama yang digunakan pada naskhah tangan Melayu-Jawi, juga pada bendera negeri-negeri Melayu.
Kesemua 74 perenggan Risalah untuk Kaum Muslimin ini disuratkan dalam 20 baris untuk setiap halaman—menuruti gaya penulisan naskhah tangan dan kitab-kitab Jawi tradisi.
Setiap awal perenggan ditandai dengan abjad berkerawang pada sisi, sepertimana penanda ḥizb dalam al-Qur’an. Perkataan awal bagi setiap perenggan disurat tebal dan diwarna merah.
Risalah Jawi ini dijilid dengan kulit hitam keras dan diserlahkan dengan cetakan emas. Judulnya, “رسالة انتوق قوم مسلمين” disuratkan dengan khat Thuluth, dan nama pengarangnya “السيد محمد النقيب العطاس” disuratkan dengan khat Nasta‘liq.
Lambang khat “بركة محمد” “Barakah Muhammad” dihasilkan oleh tuan pengarang sendiri dipilih menjadi hiasan bahagian tengah jilidan sampul muka.
Untuk kertas, warna putih gading 100gsm dipilih untuk mengurangkan silauan cahaya dan menjaga mata untuk keselesaan pembacaan.
Sejumlah untaian nathr dan sha‘ir (English: Proem) pengarang ditampilkan dengan khat Naskh, dan rangkap setiap sha‘ir itu disusun bersebelah-sebelahan mengikut cara-gaya tradisi Jawi dengan hiasan ‘bintang’ di antara rumah barisnya.
Perkataan yang dicondongkan (italic)—yang asalnya menunjukkan penekanan (emphasis) pengarang dalam terbitan asal Rumi—kini disuratkan dalam Jawi dengan warna merah menyala. Adapun tradisi warna merah menjadi kebiasaan penyuratan naskhah tangan Jawi untuk menunjukkan penekanan atau permulaan wacana baharu.