Siri Pengenal: Badan Bahasa & Persuratan
Harga: RM15
Halaman: 20
Siri Pengenal Badan Bahasa & Persuratan ini bertujuan
mempersembahkan peristiwa-peristiwa terpilih yang
berlaku dalam pergerakan bahasa dan perkembangan
persuratan di tanah air sejak lebih dari seratus tahun yang
lalu.
Pergerakan dan perkembangan ini dilihat pada usaha
yang dilaksanakan oleh pertubuhan atau badan-badan
yang terlibat dalam kegiatan bahasa dan persuratan dan
keputusan-keputusan penting yang dibuat melibatkan
dasar dan pendirian yang menjadi asas kepada segala
tindakan mereka.
Antara dasar dan keputusan yang diambil ialah
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
persuratan tanah air, perubahan penggunaan tulisan
daripada Jawi kepada rumi, penubuhan Dewan Bahasa
dan Pustaka bagi menjaga hal ehwal dan perkembangan
bahasa dan persuratan Melayu, penerbitan bahan-bahan
bacaan umum dan sekolah, menggalakkan penyelidikan
dan penulisan dalam sejarah dan budaya, perkumpulan
persuratan dan keahlian, pengendalian perbincangan
tentang bahasa dan khutubkhanah dan kegiatan
pengarangan dan terjemah-menterjemah bagi
membanyakkan bahan bacaan kepada masyarakat.Pertubuhan dan badan yang dipilih dalam SP ini ialah:
1. Malayan Branch of the Royal Asiatic Society
(MBRAS)
2. Rushdiah Club
3. Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
(PBmPB)
4. Pejabat Karang Mengarang, Sultan Idris TrainingCollege
5. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)
6. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)
7. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang
pertama (1952), kedua (1954) dan ketiga (1956)
8. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Siri Pengenal: Badan Bahasa & Persuratan
Beli kesemua 4 judul SP pada harga RM 56




























































