MACBETH: ANGKARA HALOBA
Macbeth: Angkara Haloba mengisahkan seorang panglima perang Scotland yang gagah berani bernama Macbeth. Suatu hari ketika Macbeth dan sahabatnya, Banquo pulang dari satu peperangan, mereka terserempak dengan tiga orang ahli sihir yang meramalkan Macbeth akan menjadi Raja Scotland. Keturunan Banquo pula akan mewarisi takhta kerajaan pada masa hadapan.
Ramalan tersebut mula menimbulkan cita-cita besar dalam diri Macbeth. Setelah dipengaruhi dan didorong oleh isterinya Lady Macbeth yang tama‘ haloba, beliau sanggup membunuh Raja Duncan demi merebut takhta kerajaan. Namun kehidupan Macbeth tidak tenang selepas itu. Rasa bersalah dan ketakutan sering menghantui dirinya. Demi mempertahankan kuasa, Macbeth terus melakukan pembunuhan terhadap sesiapa sahaja yang dianggap mengancam kedudukannya.
Apakah ramalan ahli sihir benar-benar memberikan kejayaan buat Macbeth atau dia terperangkap oleh maksud tersirat yang tidak disedarinya?
Cerita duka yang dipaparkan Shakespeare dalam Macbeth: Angkara Haloba membawa pembaca menyedari sesuatu yang kelihatan baik tidak semestinya benar sehinggalah kebenaran itu boleh dibuktikan. Begitu juga kepercayaan kepada perkara durjana, kerana, “pada selapis yang zahir disempurnakannya janjinya, dan pada selapis lagi kita diharap-harapkannya dan dibinasakannya.”
top of page
SKU: 9786297969046
MYR 20,00Harga
Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda.
Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.
Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن
bottom of page

























































