Seratus tahun dahulu, rupa al-Masjid al-Haram sangat berbeza berbanding hari ini. Di sekitar Ka‘bah, terdapat sejumlah binaan lama yang kini sudah pun diratakan menjadi medan tawaf yang luas. Dahulu, lampu-lampu minyak bergantungan menghiasi keliling medan tawaf yang kecil, memandangkan jumlah jema‘ah yang mengunjungi masjid tidaklah seramai kini.
Binaan-binaan lama seperti gerbang Bani Shaybah, minbar, bangunan maqam Ibrahim, bangunan telaga Zamzam, gudang simpanan serta binaan pengikut imam madhhab yang empat menempati persekitaran Ka‘bah.
Struktur binaan masjid juga sudah sangat lama. Kali terakhir ruang masjid diluaskan ialah pada tahun 306H, dibina oleh pemerintah ‘Abbasiyyah. Sejak itu binaan masjid hanya dibaik pulih dan diperindah oleh pemerintah-pemerintah Mamlukiyyah dan ‘Uthmaniyyah tanpa penambahan ruang baharu. Di luar al-Masjid al-Haram pula, bangunan demi bangunan didirikan berhubungan dengan dinding masjid—sebahagian besarnya merupakan madrasah-madrasah yang pernah terhitung sebanyak 40 buah jumlahnya.
Begitulah keadaan al-Masjid al-Haram selama lebih 1000 tahun. Pada pertengahan abad ke-20M, baharulah pembesaran masjid seterusnya berlaku apabila semakin ramai ummat Islam mampu mengunjungi al-Masjid al-Haram seiring kemajuan teknologi pengangkutan laut dan udara.
Ini sebuah peta yang menampilkan peringkat pembesaran al-Masjid al-Haram tersebut dari zaman awal kezahiran Islam hinggalah pada awal abad ke-20M. Penerangan setiap binaan disertakan dalam bentuk peta berwarna bagi memudahkan kefahaman. Peta ini didatangkan bersama lakaran bentuk binaan Ka‘bah dari zaman Nabi Ibrahim sehingga kini serta peristiwa-peristiwa yang menjadi latar binaannya. Turut disertakan ialah sebilangan gambar lama al-Masjid al-Haram dan struktur-struktur bersejarah di sekitar Ka‘bah yang pernah berdiri suatu masa dahulu.
top of page
MYR 30,00Harga
Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda.
Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.
Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن
bottom of page


























































