top of page

Buku ini mengandungi 17 judul yang mengupas secara kritis tentang wacana sastera Melayu moden. Antara yang dibincangkan ialah kelesuan berfikir dalam kesusasteraan Melayu moden. Turut diberi perhatian ialah fenomena pandirisme dalam kritikan sastera. Buku ini juga mengupas kelemahan sistem pendidikan sastera khususnya dalam konteks pemilihan teks. Selain itu, buku ini turut memuatkan perbincangan tentang usaha-usaha yang membantutkan kemajuan sastera, sekali gus menawarkan strategi untuk menghadapi gerakan tersebut. Buku ini diakhiri dengan persoalan-persoalan yang menuntut refleksi dan kejujuran intelektual pembaca terhadap perubahan, maruah ilmiah dan masa depan kesusasteraan Melayu.

Mohd. Affandi Hassan dilahirkan di Pasir Mas, Salor, Kelantan Darul Naim. Beliau mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya, sebelum melanjutkan pelajaran di Penang Free School, Universiti Malaya dan University of Essex. Beliau memulakan kegiatan penulisannya sejak di bangku sekolah. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 100 karya pelbagai genre termasuklah buku dan esei kritikan, serta karya kreatif. Beliau terkenal dengan Gagasan Persuratan Baru, iaitu satu gagasan sastera yang berusaha mengembalikan tradisi keilmuan Islam dalam kegiatan sastera Melayu masa kini.

Wajah Sastera Melayu Moden

SKU: 9789672422709
RM45,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page