top of page

تقنيات التعامل مع كتب أصول الفقة المخطوطة |Tiqniyyāt al-Ta‘āmul ma‘a Kutub Uṣūl al-Fiqh al- Makhṭūṭah

Dr. Khalid Zahri

 

Harga: RM125.00

Jumlah muka surat: 574
ISBN: 978-967-2422-17-4

Bahasa pengantar: Bahasa Arab sepenuhnya

 

Buku ini bertujuan mempersembahkan teknik-teknik mengkaji manuskrip dalam bidang Uṣūl al-Fiqh yang terbahagi kepada tiga fasal. Ia merangkumi maklumat kodikologi dan kepentingannya dalam kajian isi manuskrip (taḥqīq) Uṣūl al-Fiqh, diikuti dengan kajian isi manuskrip (taḥqīq) Uṣūl al-Fiqh dengan melihat kepada kesalahannya dan jenis-jenis kesalahannya. Turut dimuatkan, pengalaman penulis dalam mengkaji manuskrip yang terdapat di Perpustakaan Diraja Maghribi al-Khizānah al-Ḥasaniyyah sehingga melahirkan katalog khusus dalam bidang Uṣūl al-Fiqh. 

 

Dari pengalamannya ini, penulis membetulkan pengkatalogan manuskrip Uṣūl al-Fiqh sesuai kaedah dan peraturan yang diperolehi sebahagiannya daripada kajian-kajian akademik yang terdahulu, dan sebahagiannya lagi diperolehi melalui latihan dan pengalaman dalam bidang ini.

 

Penulis merupakan pembantu pengarah, kurator dan pengkaji bagi koleksi manuskrip Perpustakaan Diraja Hassania di Maghribi. Dr Khalid kini bertugas sebagai profesor di Fakulti Usuluddin, Universiti AbdulMalik Essaadi Maghribi.

Tiqniyyat al-Ta‘amul ma‘a Kutub Usul al-Fiqh al- Makhtutah

SKU: 9789672422174
RM125,00Harga
    bottom of page