top of page

Shaykh Abdu'Llah Fahim: Ulama' Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dan Perjuangan Kebangsaan

Muhammad Ayman al-Akiti, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli & Muhammad Amir Ashraf Rosdin

 

Harga: RM55.00
Jumlah muka surat: 385+xiv

ISBN: 978-967-2422-06-8

 

Karya ini mempersembahkan riwāyat perjuangan dan ke‘ilmuan ‘ālim besar bangsa Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdu’Llāh bin Ibrāhīm al-Filfilānī al-Jāwī.

 

Riwāyat beliau ini akan diteliti bermula daripada jasa gurunya, Shaykh Wan Aḥmad al-Faṭānī yang bertanggungjawāb menyalakan perjuangan kebangsaan ‘Ālam Melayu dan pengaruh ṣaḥabat seperguruannya di Makkah, Kiyai Haji Hāshim ‘Ash‘arī yang mengasaskan pertubuhan terbesar Muslim di dunyā, Nahdlatul Ulama di Indonesia.

 

Pelbagai peristiwa bersejarah Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim sebagai Tuan Guru Tanah Melayu dan bagaimana beliau diruju‘ dalam pelbagai keputusan besar tanah air akan ditinjau dengan mendalam. Kerangka pemikiran beliau juga dibentangkan dan dibandingkan dengan prinsip-prinsip yang disepakati oleh ‘ulamā’ Ahli al-Sunnah wa al-Jamā‘ah.

Shaykh Abdullah Fahim

SKU: 9789672422068
RM55,00Harga
    bottom of page