top of page

Qawam al-Din: Pada Menerangkan Perdirian Agama

Penulis: Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi

Pentashih: Shaykh Abdullah Fahim

 

Harga: RM35.00
ISBN: 978-967-2422-48-8

Muka surat: xv + 146

 

Ringkasan Buku

Qawām al-Dīn pada Menerangkan Perdirian Agama merupakan salah satu karangan istimewa Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī yang membahathkan perihal rukun īmān. Naskhah ini sangat nadir kerana dipercayai satu-satunya karya bahasa Jawi berbentuk kitab tunggal yang terawal ditaṣḥīḥkan oleh ‘alim ulung Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah Tanah Melayu, iaitu Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim. Hal ini tidak menghayrankan kerana hubungan aqrab antara Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī dengan gurunya itu, semasa menuntut dan berkhidmat di Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah, Kepala Batas.

 

Qawām al-Dīn dikarang oleh Tuan Guru Ḥāji Aḥmad Hāshimī atas permintaan Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim, sebagai pertolongan khayrat Madrasah Dā’irat al-Ma‘ārif al-Waṭaniyyah ke atas Tuan Guru al-Ustādh Ḥāji Abū Bakar al-Bāqir yang sedang bergelut mendirikan Madrasah al-Iḥyā’ al-Sharīf, Gunung Semanggol. Naskhah Qawām al-Dīn yang ringkas dan kemas ini menjadi bukti penzahiran kasih seorang tuan guru dan semangat setia kawan anak muridnya dalam mendidik anak bangsa mencapai kebahagiaan dan kemuliaan.

Qawam al-Din: Pada Menerangkan Perdirian Agama

SKU: 9789672422488
RM35,00Harga
    bottom of page