top of page

كومڤس عبادة مؤمنين شرح منهاج العابدين اين اياله سهيمڤونن اينتيڤاتي ڤنتيڠ يڠ تركندوڠ دالم كتاب منهاج العابدين إمام الغزالي، سرت شرحڽ اوله ڤڠارڠ دالم بنتوق يڠ ريڠكس. استميوا كتاب اين دچيتق دڠن ساࢨز يڠ ليبر بݢ ممودهكن ڤارا ڤننتوة علم منچاتت شرحن ڤڠارڠ دالم مجلس ڤڠاجينڽ.

 

ڤنربيتن جلد كتيݢ اين مڽمبوڠ ڤربحثن مڠناࢨ نفس يڠ مروڤاكن عوائقكأمڤة  ددالم عقبة كتيݢ ياࢨت عقبة العوائق (هلاڠن كڤد عبادة) درڤد كتاب منهاج العابدين. تومڤوان خصوص دبريكن كڤد انچامن نفس، چارا مڠكڠ دان ملاونڽ، ڤريحال تقوى، فصلمنجاݢ اڠݢوتا يڠ ليم ياࢨت مات، تليڠا، ليده دان هاتي. اداڤون فصلمنجاݢ ڤروة  سرت كسيمڤولن دان ريڠكاسن عقبة كتيݢ اكن دسمبوڠ ڤربحثنڽ دالم جلد يڠ منداتڠ.

 

Kompas ‘Ibādat Mu’minīn Sharaḥ Minhāj al-‘Ābidīn ini ialah sehimpunan intipati penting yang terkandung dalam kitab Minhāj al-‘Ābidin Imām al-Ghazālī, serta sharahnya oleh pengarang dalam bentuk yang ringkas. Istimewa kitab ini dicetak dengan saiz yang lebar bagi memudahkan para penuntut ‘ilmu mencatat sharahan pengarang dalam majlis pengajiannya.


Penerbitan jilid ketiga ini menyambung perbahathan mengenai nafsu yang merupakan ‘awa’iq keempat di dalam ‘aqabah ketiga iaitu ‘aqabah al-‘Awā’iq (halangan kepada ‘ibadah) daripada kitab Minhāj al-‘Ābidīn. Tumpuan khusus diberikan kepada ancaman nafsu, cara mengekang dan melawannya, perihal taqwa, fasal menjaga anggota yang lima iaitu mata, telinga, lidah dan hati. Adapun fasal menjaga perut serta kesimpulan dan ringkasan ‘aqabah ketiga akan disambung perbahathannya dalam jilid yang mendatang.

Kompas Ibadat Jilid Ketiga

SKU: 9789672422792
RM15,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page