كومڤس عبادة مؤمنين شرح منهاج العابدين اين اياله سهيمڤونن اينتيڤاتي ڤنتيڠ يڠ تركندوڠ دالم كتاب منهاج العابدين إمام الغزالي، سرت شرحڽ اوله ڤڠارڠ دالم بنتوق يڠ ريڠكس. استميوا كتاب اين دچيتق دڠن ساࢨز يڠ ليبر بݢ ممودهكن ڤارا ڤننتوة علم منچاتت شرحن ڤڠارڠ دالم مجلس ڤڠاجينڽ.
ڤنربيتن جلد كأمڤة اين مڽمبوڠ ڤربحثن عقبة كتيݢ ياࢨت عقبة العوائق (هلاڠن كڤد عبادة) درڤد كتاب منهاج العابدين. تومڤوان خصوص دبريكن كڤد ساله ساتو بهاݢين دالم فصل منجاݢ اڠݢوتا يڠ ليم ياࢨت منجاݢ ڤروة سرت دتمتكن ڤربحثن اين دڠن كسيمڤولن دان ريڠكاسن عقبة كتيݢ (عقبة العوائق). اداڤون عقبة يڠ كأمڤة ياࢨت عقبة العوارض (هلاڠن سمڤيڠن كڤد عبادة) اكن دسمبوڠ ڤربحثنڽ دالم جلد يڠ منداتڠ.
Kompas ‘Ibādat Mu’minīn Sharaḥ Minhāj al-‘Ābidīn ini ialah sehimpunan intipati penting yang terkandung dalam kitab Minhāj al-‘Ābidin Imām al-Ghazālī, serta sharahnya oleh pengarang dalam bentuk yang ringkas. Istimewa kitab ini dicetak dengan saiz yang lebar bagi memudahkan para penuntut ‘ilmu mencatat sharahan pengarang dalam majlis pengajiannya.
Penerbitan jilid keempat ini menyambung perbahathan ‘aqabah ketiga iaitu ‘aqabah al-‘Awā’iq (halangan kepada ‘ibadah) daripada kitab Minhāj al-‘Ābidīn. Tumpuan khusus diberikan kepada salah satu bahagian dalam fasal menjaga anggota yang lima iaitu fasal menjaga perut serta ditamatkan perbahathan ini dengan kesimpulan dan ringkasan ‘aqabah ketiga (‘aqabah al-‘Awā’iq). Adapun ‘aqabah keempat iaitu ‘aqabah al-‘Awāriḍ (halangan sampingan kepada ‘ibadah) akan disambung perbahathannya dalam jilid yang mendatang.
top of page
SKU: 9789672422815
RM15,00Harga
Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda.
Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.
Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن
bottom of page