top of page

Kitab Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat

Raja Haji Ahmad ibni Raja Hasan al-Haj (Tabib Diraja Kesultanan Riau)

Pengenalan, Perumian dan Analisis oleh Prof. Madya Dr. Mohd Affendi Mohd Shafri

 

Harga: RM35.00

Jumlah muka surat: 90+xvi

ISBN: 978-967-15716-1-3

 

Sebuah daftar ramuan ubatan dan daftar aturan menggunakan khidmat tukang ubat atau ṭabīb atau doktor. Walaupun naskhah ini kelihatan ringkas, tetapi ia penting dinilai kerana keunikannya sebagai naskhah perubatan Melayu yang terawal dicetak, dan oleh Percetakan Riyauwiyah iaitu salah satu rumah cetak kepunyaan orang Melayu yang terawal pula. 

 

Selain itu, penulisnya adalah seorang ṭabīb diraja Keṣultanan Riau yang bergiat aktif dalam penulisan dan persatuan seperti Kelab Rushdiyah. Beberapa aspek penting naskhah ini termasuklah memberikan sedikit gambaran tentang tataamalan seorang doktor Melayu di Riau, cabaran yang dihadapinya secara logistik dan penyakit-penyakit yang sering ditemui mashārakat ketika itu.

 

Keistimewaan kitab ini:
Rumah Ubat di Pulau Penyengat dicetak di Matba‘ah Riauwiyah di Pulau Penyengat pada tahun 1894, menjadikannya sebagai naskhah bercetak perubatan Melayu yang tertua sekali di alam Melayu, iaitu setahun lebih awwal daripada tarikh tercetaknya naskhah Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān karya Shaykh Aḥmad al-Faṭānī (1895)

Rumah Ubat Di Pulau Penyengat

SKU: 9789671571613
RM35,00Harga
    bottom of page