top of page

Kitab Perubatan Melayu: Al-Rahmah Fi al-Tibb wa al-Hikmah

Shaykh Abbas Kuta Karang

Pengenalan dan Perumian oleh Prof. Madya Dr. Mohd Affendi Mohd Shafri &

Hermansyah Muhammad Yahya

 

Harga: RM85.00

Jumlah muka surat: 375+xxiv

ISBN: 978-967-14748-6-0

 

Kitāb Perubatan Melayu: al-Raḥmah fī al-Ṭibb wa al-Ḥikmah terdiri dari lima bāb yang mengandungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, punca yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit ‘ām. 

 

Penggunaan bahasa tempatan Aceh dalam menamakan penyakit dan bahan ubatan dalam kitāb ini memperkayakan periṣṭilāḥan perubatan yang belum terdapat dalam mana-mana qāmūs iṣṭilāḥ perubatan Melayu, sama ada yang diusahakan oleh pihak kolonial atau badan berwajib selepas kemerdekaan.

 

Kitāb ini memberi sumbangan yang penting untuk ‘ilmu dan periṣṭilāḥan perubatan serta perkembangan bahasa. Bahkan ia mempunya beberapa sisi botani, zoologi, mineral, bahasa, sejarah, serta kebudayaan yang menarik untuk dibaḥath oleh para ‘ulamā’, sarjana dan pengkaji.

 

Shaykh ‘Abbās Kuta Karang pernah menjadi qāḍī dan penasihat kepada dua Sulṭān Aceh, serta bekerjasama dengan Tengku Chik di Tiro dalam Perang Sabil menentang Belanda yang meletus pada tahun 1873.

Al-Rahmah Fi Al-Tibb Wa Al-Hikmah

SKU: 9789671474860
RM85,00Harga
Kuantitas
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page