top of page

Agama, Bangsa & Tanah Air: Sejarah dan Peranan Madrasah Dairat al-Maarif al-Wataniyyah

Nasirrahman Hj Saad Khiruddin

Harga: RM45.00

Jumlah muka surat: 297+xix

ISBN: 978-967-2422-35-8
 

Buku ini merakam perjalanan Madrasah Da'irat al-Ma'arif al-Wataniyyah, Kepala Batas Pulau Pinang yang diasaskan oleh Shaykh Abdullah Fahim sehingga tahun 1970-an. Permulaan penubuhan Madrasah DMW bermula apabila Shaykh ‘Abdu’Llāh Fahim mengambil keputusan untuk pulang ke Kepala Batas dari kota Makkah pada tahun 1915M dan memulakan pengajian agama secara ‘umūmī di masjid dan di rumahnya sendiri sehinggalah mendapat sambutan daripada masharakat setempat. 

Semenjak itulah Madrasah DMW berkembang menjadi sebuah institusi pendidikan Islam moden yang penting di Tanah Melayu – khususnya dalam memupuk jalinan kasih akan agama dan tanah air.

        

Sehingga tahun 1970-an, Madrasah DMW juga menghasilkan generasi pelajar terawal yang memberi pengaruh kepada perjalanan sejarah Malaysia. Madrasah DMW juga menjadi pusat kepada pelbagai peristiwa bersejarah negara dan menjadi tempat perhimpunan serta pertemuan tokoh-tokoh ‘ilmuwan, politik dan masharakat. 

Agama, Bangsa & Tanah Air

SKU: 9789672422358
RM55,00Harga
    bottom of page