top of page

Tuan Guru Haji Ibrahim: Ilmuwan Jawi Negeri Perak

Syed Shahriman Syed Ali Jamalullayl

 

Harga: RM25.00

Jumlah muka surat: 85 + xi

ISBN: 978-967-16984-3-3

 

Buku ini adalah berkenaan latar hidup seorang tokoh ulama negeri Perak yang tidak dikenali ramai namun memounyai jasa kepada agama, masharakat, kampung dan negerinya. Beliau ialah Allahyarham Tuan Guru Haji Ibrahim bin Haji Jusoh yang berasal dari Gerik, Perak.

Adapun beliau ialah anak murid kepada Shaykh Wan Ismail bin Wan ‘Abd al-Qadir (Pak Da ‘Eil) dan guru-guru besar Makkah yang lain. 

 

Tuan Guru Haji Ibrahim mendapat pendidikan di Makkah sekitar tahun 1930-an hingga akhir 1040-an. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dan beberapa jawatan penting yang main. Tuan Guru Haji Ibrahim bukan sahaja aktif mengajar di masjid dan surau tetapi banyak menghasilkan karya ilmiyyah yang cukup bernilai yang tidak pernah diterbitkan. 

 

Ketika di Makkah, beliau menjadi penyalin manuskrip karya gurunya yang disertakan komentar dan ulasan yang didengar daripada gurunya sewaqtu dalam pengajian. Antara yang penting ialah penyalinan Bakurah al-Amani yang dipelajari daripada Pak Da El yang telah beliau khatam sebanyak dua kali seperti mana catatannya dalam buku yang disalin.

Tuan Guru Haji Ibrahim - Ilmuwan Jawi Negeri Perak

SKU: 9789671698433
RM25,00Harga
    bottom of page