top of page

Judul: 5 Tahun Membina Empayar PSS Idaman
ISBN: 978-967-19798-0-8
Harga: RM55.00

5 Tahun Membina Empayar PSS Idaman merupakan buku solo pertama Shah Ridha Abdul Jalil setelah buku Panduan Pusat Sumber Idaman yang dihasilkan bersama lima penulis lain mendapat sambutan hangat.

 

Buku ini menceritakan usaha beliau dan pasukannya membangunkan Pusat Sumber (PS) SMK Seri Pulai Perdana (SMKSPP), Kulai, Johor selama lima tahun (2015 hingga 2019) daripada sekadar sebuah bilik kosong sehingga berjaya dan cemerlang dengan mempunyai 12 bilik khas, tiga galeri dan yang terbaru, perpustakaan kontena menggunakan solar di padang sekolah.

 

Penulis berkongsi semua acara dan program, perubahan, inovasi dan apa sahaja yang cuba dilakukan di PS termasuklah segala pahit dan manis, suka dan duka, serta kejayaan dan anugerah yang diterima. Penulis percaya, PS yang cemerlang ibarat sebuah keluarga yang menggabungkan kekuatan GPM dan kemenjadian murid menerusi Pengawas Pusat Sumber (PSS) meskipun tidak pernah tercalon sebagai Anugerah Pusat Sumber Cemerlang.

 

Kini, PS SMKSPP menjadi sebutan ramai dan menjadi tempat rujukan Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari dalam dan luar negara.

5 Tahun Membina Empayar PSS Idaman

SKU: 9789671979808
RM55,00Harga
    bottom of page