top of page

Adab Menyara Hidup

Penulis: Imam al-Sarakhsi

Penterjemah: Amru Sazali

 

Harga: RM35.00

ISBN: 9789671946534

Ringkasan Buku

 

Karya ini merupakan terjemahan Sharah Kitab al-Kasb yang ditulis oleh Imam al-Sarakhsi (w. 483 H/1090 M), yang mensyarahkan Kitab al-Kasb karya Imam al-Shaybani (w. 189 H/ 804 M). Buku ini membahaskan cara amalan yang tepat dan wajar berkenaan usaha menyara kehidupan sendiri dan keluarga.

 

Secara keseluruhan, karya ini menelusuri pengamatan Imam al-Shaybani terhadap cara bagaimana pengamal-laksanaan 'Adab Menyara Hidup' yang telah dilakukan oleh para Salaf terdahulu berdasarkan kefahaman mereka akan sumber-sumber utama dalam Islam, yakni Al-Quran dan Sunnah, termasuk sumber-sumber fiqh, akidah dan juga tasawuf.

 

Pembacaan teliti terhadap karya ini memberikan sudut pandang yang mustahak dalam membina wawasan nilai kemasyarakatan yang bersepadu, yang mendasari kesemua urus niaga dan kegiatan ekonomi dalam Islam. Ia juga dapat membawa kepada penggesaan untuk mentakrif semula ekonomi sebagai 'Ilmu Menyara Hidup dan Memberi Nafkah' ('ilm al-iktisab wa al-infaq), lalu menjauhi daripada keterujaan dan kebimbangan melampau terhadap faham ketidakcukupan dalam mengejar kemahuan.

Adab Menyara Hidup

SKU: 9789671946534
RM35,00Harga
    bottom of page