top of page

Setiap hamba itu berhutang segalanya kepada Allah SWT, Maha Pencipta dan Maha Pengurnia. Pada hakikatnya, kewujudan diri dan harta merupakan kurniaan daripada Allah SWT dalam bentuk pinjaman, ujian dan amanah. Namun, ramai di kalangan hamba yang jahil perihal hakikat tersebut, sehingga lalai dengan menuruti hawa nafsu dan memperhambakan dirinya kepada dunia. Sedangkan matlamat sebenar hidup di dunia ini adalah untuk membuat persediaan terbaik bagi kehidupan akhirat yang abadi. Lalu bagaimana seorang hamba itu dapat mengenal hakikat dirinya dan menyucikan hartanya agar dapat kembali kepada keadaan diri asalinya?
 

Buku ‘Hakikat Zakat’ ini menawarkan penyelesaian penting terhadap persoalan di atas dengan huraian yang ilmiah, menyeluruh dan merangkumi terhadap perkara yang zahir dan yang halus perihal harta, hakikat zakat dan penunaiannya sebagai bentuk ibadah zahir-batin seorang hamba.
 

Naskhah yang berada di tangan anda ini ialah terjemahan Kitāb Asrār al-Zakāh karya Imām al-Ghazālī (w. 505 H). Karya ini ialah sebuah buku ringkas mengenai hakikat zakat dan rahsia-rahsia di sebaliknya berdasarkan al-Quran, Sunnah, kehidupan para Sahabat dan para Awliya. Buku ini dibahagikan kepada empat bab utama. Bab pertama membahaskan jenis-jenis zakat dan syarat-syaratnya. Bab kedua mengandungi penjelasan penting berkenaan tanggungjawab zahir dan batin orang yang memberi dan sifat-sifat orang yang selayaknya menerima zakat dan pemberian. Bab ketiga ialah perihal orang yang layak menerima zakat (aṣnāf) dan tanggungjawab mereka secara zahir dan batin. Terakhir, bab keempat merupakan bab khas tentang pemberian sedekah, serta adab-adab memberi dan menerima.

Hakikat Zakat dan Rahsia-rahsia di Sebaliknya

SKU: 9789672422544
RM 45.00Harga
    bottom of page