top of page

Mencari Rezeki Yang Halal

Penulis: Imam al-Ghazali, Penterjemah: Rizky Febrian

 

Harga: RM28.00

ISBN: 978-967-2422-47-1

 

Ringkasan Buku

 

Buku ‘Mencari Rezeki yang Halal’ ini ialah sebuah buku ringkas mengenai seruan dan penjelasan berkenaan harta yang halal untuk didapatkan berdasarkan al-Quran, Sunnah, kehidupan para Sahabat dan para Awliya. 

 

Buku ini dibahagikan kepada tiga bab utama. Bab pertama mengandungi pembahasan berkenaan hubungan antara makanan yang halal lagi suci dengan kejernihan hati, serta beberapa perkara yang patut dijadikan panduan oleh orang awam. Di samping itu, bab ini juga memperingatkan kita agar tidak terlalu bersikap melampau dalam membenci dunia. Kemudian, pengarang juga menyenaraikan enam golongan manusia di dunia ini dan bagaimana cara menyikapi pemberian mereka supaya tidak menolak pemberian dengan menyakiti hati atas alasan warak.

 

Bab kedua pula menerangkan tentang perbezaan antara yang halal dan yang syubhat, hukum menerima hadiah—terutamanya daripada penguasa atau pemerintah—serta pelbagai permasalahan dunia dan cara menghadapinya.

 

Bab ketiga yang merupakan bahagian terakhir buku ini memperingatkan kepada setiap orang yang bekerja supaya berpada-pada dalam mengumpul harta dunia tanpa melalaikan tujuan utama iaitu menyimpan bekalan menuju ke Akhirat. Di samping itu, bab ini juga menjelaskan perihal keutamaan tawakal, hubungan antara rezeki dan usaha, serta pengamallaksanaan tawakal dalam kehidupan seharian.

Mencari Rezeki Yang Halal

SKU: 9789672422471
RM 28.00Harga
    bottom of page