ڤليندوڠن داتا ڤريبادي دأكاديمي جاوي مليسيا
Pelindungan Data Peribadi
di Akademi Jawi Malaysia
Tarikh Kemaskini: 8 Jun 2024
Kenyataan Umum
Akademi Jawi Malaysia Sdn. Bhd. dengan ini memaklumkan kepada anda, iaitu pelanggan atau bakal pelanggan yang kami hargai bahawa kami menghormati hak perlindungan data anda dan mematuhi prinsip-prinsip serta langkah-langkah yang sesuai bagi melindungi sepenuhnya data peribadi anda menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang berkuatkuasa di Malaysia pada 15 November 2013. Akta ini digubal untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi di dalam transaksi komersil dan untuk apa juga perkara berkaitan dengannya.
Notis Perlindungan Data Peribadi (“Notis”) ini menerangkan bagaimana Akademi Jawi Malaysia Sdn. Bhd., syarikat induk dan anak-anak syarikatnya, syarikat-syarikat bersekutu dan entiti-entiti yang dikawal bersama (“AJM”) menggunakan Data Peribadi anda. Kami komited dalam melindungi semua Data Peribadi yang disimpan oleh kami.
Pengumpulan Data Peribadi
“Data Peribadi” bermaksud maklumat mengenai anda, dari mana anda boleh dikenal pasti, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor kad pengenalan, nombor sijil kelahiran, nombor pasport, kewarganegaraan, alamat, nombor telefon, nombor faks, maklumat perbankan , butiran kad kredit, bangsa, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, status pemastautin, latar belakang pendidikan, latar belakang kewangan, kepentingan peribadi, alamat e-mel, pekerjaan anda, jawatan anda dalam syarikat anda, butir-butir syarikat anda, industri pekerjaan, apa-apa maklumat mengenai anda yang anda berikan kepada AJM dalam borang pendaftaran, borang permohonan atau borang yang serupa bentuk dan/atau apa-apa maklumat mengenai anda yang telah atau mungkin dikumpul, disimpan, digunakan dan diproses oleh AJM dari semasa ke semasa dan termasuk data peribadi sensitif seperti data yang berkaitan dengan kesihatan, kepercayaan agama atau kepercayaan serupa.
Penyediaan Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan AJM Data Peribadi anda, AJM tidak akan dapat memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan Tujuan Tambahan seperti yang disenaraikan di bawah.
Jika anda seorang ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan, penyediaan Data Peribadi anda adalah wajib dan kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda, mungkin melanggar peruntukan undang-undang atau peraturan kawal selia yang berkenaan, dan boleh menyebabkan AJM tidak dapat menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk atau mengeluarkan bayaran kepada anda untuk produk atau perkhidmatan yang telah disediakan.
Sumber Data Peribadi Anda
Selain daripada Data Peribadi yang anda berikan kepada AJM secara langsung, AJM mungkin mengutip Data Peribadi anda dari pelbagai sumber seperti:
-
apabila anda mengisi borang permohonan atau borang pendaftaran atau borang yang serupa bentuk;
-
daripada sumber-sumber awam seperti direktori,
-
daripada laman Facebook AJM, jika anda mengikuti, “like”, atau adalah seorang pengikut laman tersebut;
-
daripada agensi pelaporan kredit;
-
apabila anda berinteraksi dan berkomunikasi dengan AJM di mana-mana acara atau aktiviti;
-
apabila anda memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh AJM,
-
daripada pelbagai entiti atau bahagian di bawah AJM; atau
-
dengan menggunakan laman web AJM, yang merangkumi semua laman web yang dikendalikan oleh Akademi Jawi Malaysia Sdn. Bhd. dan di bawah nama-nama jenama masing-masing (“Laman Web”). Senarai Laman Web boleh didapati dalam Direktori Perniagaan di www.akademijawi.my. Maklumat Peribadi anda juga boleh dikumpulkan daripada “cookies” yang digunakan pada Laman Web.
Tujuan Pemprosesan
AJM mungkin menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk perniagaan dan aktiviti-aktiviti AJM yang termasuk, tanpa had, untuk tujuan berikut (“Tujuan”),
Apabila anda menjadi pelanggan AJM:
-
untuk melaksanakan obligasi AJM berkenaan dengan sebarang kontrak yang dibuat dengan anda;
-
untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan atau produk yang anda minta;
-
untuk memproses langganan anda dan untuk menyampaikan langganan kepada anda;
-
untuk memproses pembelian anda atau permintaan untuk ruang iklan;
-
di mana anda telah memohon bahan-bahan daripada pusat sumber atau perpustakaan, untuk memproses permohonan anda, untuk menyampaikan bahan-bahan kepada anda, untuk memberikan anda lesen untuk kandungan yang anda ingin gunakan;
-
untuk memproses penyertaan anda dalam mana-mana acara, aktiviti, kumpulan fokus, kajian penyelidikan, pertandingan, promosi, polls, kaji selidik atau mana-mana produksi;
-
untuk memproses, mengurus atau mengesahkan permohonan anda untuk langganan dengan AJM dan untuk memberikan anda manfaat yang ditawarkan kepada pelanggan;
-
untuk mengesahkan pembelian anda dan memproses bayaran yang berkaitan dengan mana-mana produk atau perkhidmatan yang anda minta;
-
untuk memahami dan menganalisis jualan kami serta keperluan dan pilihan anda;
-
untuk membangunkan, meningkatkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan anda;
-
untuk memproses pertukaran atau pulangan produk;
Apabila anda menjadi ejen, penjual, pembekal atau pembekal perkhidmatan:
-
untuk tujuan menggaji anda untuk menyediakan perkhidmatan atau produk;
-
untuk memudahkan atau membolehkan pemeriksaan yang mungkin diperlukan oleh AJM untuk tujuan penggajian anda;
-
untuk memproses bayaran yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang telah disediakan oleh anda;
-
untuk menghubungi anda atau syarikat anda;
Atau secara umumnya:
-
untuk menjawab soalan-soalan, komen dan maklum balas daripada anda;
-
untuk berkomunikasi dengan anda untuk mana-mana tujuan yang disenaraikan dalam Notis ini;
-
untuk tujuan pentadbiran dalaman seperti audit, analisis data, rekod pangkalan data;
-
untuk tujuan pengesanan, pencegahan dan pendakwaan jenayah;
-
untuk AJM mematuhi obligasinya di bawah undang-undang;
dan anda bersetuju kepada AJM menggunakan dan memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan dan mengikut cara yang seperti yang dikenal pasti dalam Notis ini.
Tujuan Pemasaran dan Promosi
AJM juga mungkin menggunakan dan memproses data anda untuk tujuan lain seperti (“Tujuan Tambahan”):
-
menghantar amaran berita, surat berita, berita pengemaskinian, mel, bahan promosi, tawaran istimewa, salam perayaan daripada AJM, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;
-
untuk memberitahu dan menjemput anda kepada acara-acara atau aktiviti yang dianjurkan oleh AJM, rakan kongsi, penaja atau pengiklan;
-
untuk memproses pendaftaran anda untuk menyertai atau menghadiri acara atau aktiviti dan untuk berkomunikasi dengan anda mengenai kehadiran anda di acara atau aktiviti tersebut;
-
untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan rakan kongsi, pengiklan, syarikat pengurusan acara atau penaja yang mungkin berkomunikasi dengan anda untuk memasarkan produk, perkhidmatan, acara atau promosi mereka; melalui pos, panggilan telefon, khidmat pesanan ringkas (SMS), melalui tangan dan/atau melalui e-mel.
Jika anda tidak memberi persetujuan kepada AJM untuk memproses Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan, sila maklumkan AJM dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan di bawah.
Pemindahan Data Peribadi
Data Peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa lain selain Malaysia, kepada syarikat-syarikat di bawah AJM yang terletak di luar Malaysia dan/atau di mana pelayan AJM terletak di luar Malaysia. Anda memahami dan bersetuju kepada pemindahan Data Peribadi anda ke luar daripada Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam ini.
Keselamatan Data Peribadi
Perlindungan data peribadi anda yang diamanahkan kepada kami adalah menjadi keutamaan kami. Bagi melindungi data peribadi anda, kami mengambil langkah berhemah bagi memastikan semua pangkalan data elektronik dan penghantaran data peribadi anda menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai agar data berkenaan boleh dilindungi dari kehilangan, penyalahgunaan, modifikasi, akses atau pendedahan tidak sengaja atau tanpa kebenaran, pengubahsuaian yang tidak sengaja atau pemusnahan dan pemalsuan.
Pendedahan kepada Pihak Ketiga
Maklumat Peribadi anda mungkin dipindahkan, diakses atau didedahkan kepada pihak ketiga bagi Tujuan dan Tujuan Tambahan. Selanjutnya, AJM mungkin melibatkan syarikat-syarikat lain, pembekal perkhidmatan atau individu untuk melaksanakan fungsi-fungsi bagi pihaknya, dan seterusnya mungkin memberikan akses atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan atau pihak ketiga tersebut. Pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan dalam Seksyen ini termasuk (tanpa had):
-
ejen penghantaran seperti kurier, dan pos, e-hailing dan wakil pos;
-
rakan kongsi AJM dan pengiklan, yang termasuk pihak di mana AJM mempunyai kerjasama untuk acara-acara, program dan aktiviti tertentu;
-
syarikat pengurusan acara dan penaja acara;
-
syarikat-syarikat penyelidikan pemasaran;
-
Pembekal perkhidmatan, termasuk, pembekal perkhidmatan teknologi maklumat (IT) untuk infrastruktur, perisian dan kerja pembangunan;
-
penasihat profesional dan juruaudit luar, termasuk penasihat undang-undang, penasihat kewangan dan pakar perunding;
-
entiti lain dalam AJM; dan
-
pihak berkuasa Kerajaan untuk mematuhi keperluan undang-undang, kawal selia dan kerajaan.
Data Peribadi Anda juga mungkin akan dikongsi bersama berkaitan dengan urus niaga korporat, seperti penjualan anak syarikat atau pembahagian, penggabungan, penyatuan, atau penjualan aset, atau dalam hal tidak mungkin penggulungan.
Akses & Permintaan Pembetulan dan Pertanyaan, Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi
Tertakluk kepada apa-apa pengecualian di bawah undang-undang terpakai, anda boleh meminta akses kepada dan/atau meminta pembetulan kepada Data Peribadi anda, membuat permintaan untuk menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda untuk Tujuan Tambahan dan/atau membuat sebarang pertanyaan mengenai Data Peribadi anda dengan menghubungi:
Pengurus Hal Ehwal Korporat
+603 89289899
Waktu Operasi:
9am - 5pm dari Isnin - Jumaat
(tidak termasuk cuti umum)
AJM berhak untuk mengenakan bayaran untuk akses Data Peribadi anda dalam jumlah yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda, AJM mempunyai hak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/atau membuat sebarang pembetulan terhadap Data Peribadi anda untuk sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak seimbang dengan risiko atau privasi anda atau privasi orang lain.
Jika anda tidak ingin Data Peribadi anda dikumpul melalui “cookies” di Laman Web, anda boleh menyahaktifkan “cookies” dengan melaraskan tetapan pelayar internet anda untuk melumpuhkan, menghadkan atau menyahaktifkan “cookies”, dengan memadamkan sejarah pelayaran anda dan dengan memadamkan cache dari pelayar internet anda.
Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Laman Web mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Sila ambil perhatian bahawa AJM tidak bertanggungjawab untuk pengumpulan, penggunaan, penyelenggaraan, perkongsian, atau pendedahan data dan maklumat oleh pihak ketiga. Jika anda memberikan maklumat secara langsung ke laman-laman tersebut, dasar privasi dan terma-terma perkhidmatan pada laman-laman tersebut akan digunapakai dan AJM tidak bertanggungjawab untuk amalan pemprosesan maklumat atau dasar privasi laman-laman tersebut
Maklumat Peribadi daripada Kanak-kanak Bawah Umur dan Individu-individu Lain
Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, mohon jangan benarkan kanak-kanak bawah umur (individu di bawah umur 18 tahun) di bawah jagaan anda untuk memberikan Data Peribadi kepada AJM. Sekiranya Data Peribadi diberikan kepada AJM, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan Data Peribadi kanak-kanak tersebut dan secara peribadi menerima dan bersetuju untuk terikat dengan Notis ini dan mengambil tanggungjawab untuk tindakan beliau.
Dalam keadaan tertentu, anda mungkin telah memberikan data peribadi berkaitan individu lain (seperti suami atau isteri, ahli keluarga atau rakan anda) dan dalam keadaan tersebut, anda mewakili dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menyediakan data peribadi mereka kepada AJM dan anda telah mendapat persetujuan mereka untuk pemprosesan data peribadi mereka dan digunakan dengan cara yang seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
Pengakuan dan Persetujuan
Dengan berkomunikasi dengan AJM, menggunakan perkhidmatan AJM, pembelian produk daripada AJM atau melalui perhubungan dan penggajian anda dengan AJM, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis ini dan bersetuju dengan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan Data Peribadi anda oleh AJM seperti yang dinyatakan dalam Notis ini.
AJM mempunyai hak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma-terma Notis ini pada bila-bila dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini pada Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan AJM, dengan terus menggunakan perkhidmatan AJM, membuat pembelian produk daripada AJM atau dengan perhubungan dan penggajian berterusan anda dengan AJM berikutan pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan kepada Notis ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda kepada apa-apa pengubahsuaian, pengemaskinian atau pindaan.