top of page

Buku ini memproblematikkan soal percanggahan pendapat dalam kalangan sarjana dan pengkritik sastera terhadap aspek intelektualisme dalam novel-novel Sasterawan Negara kesepuluh, iaitu Dato’ Dr. Anwar Ridhwan. Dari satu sisi, terdapat kecenderungan yang jelas memperakukan adanya nilai-nilai intelektualisme yang tinggi dalam novel-novel sastera-wan negara ini, manakala pada sisi yang lain terdapat keraguan dan pertikaian dakwaan tentang adanya nilai-nilai intelektualisme dalam karya-karya beliau. Wujudnya dua kutub pandangan yang saling bertentangan ini mengundang beberapa persoalan penting dan rele-van. Antaranya, apakah benar karya-karya beliau sarat dengan ‘intelektualisme’, seperti yang diperakukan oleh sekumpulan sarjana dan pengkaji sastera? Sekiranya benar, apakah yang dimaksudkan dengan ‘intelektualisme’, yang dianggap dimanifestasikan dalam karya-karya beliau? Sehubungan itu juga, bagaimanakah pula dengan hujah-hujah sarjana dan pengkaji sastera yang meragui ‘intelektualisme’ karya-karya beliau ini? Dalam konteks pertentangan ini, pandangan pihak yang mana dapat dipertanggungjawabkan terutamanya dari segi penghujahan akademik? Buku ini berusaha untuk merungkaikan persoalan-persoalan ini dengan memberikan fokus terhadap soal ‘intelektualisme’ dalam karya-karya Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan.

 

NUR FATIHA FADILA ABU BAKAR, PhD ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat di Fakulti Penulisan Kreatif, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebang-saan (ASWARA). Beliau turut berpengalaman sebagai penyunting dan penterjemah bagi karya ilmiah dan karya kreatif.

Intelektualisme dalam Wacana Persuratan Baru

SKU: 978-967-2422-49-5
RM 55.00Harga
    bottom of page