top of page

Kefakiran dan Kezuhudan Dalam Islam

Penulis: Imam al-Ghazali

Penterjemah: Muhammad Hasan Shaharin & Rizky Febrian

 

Harga: RM45.00

ISBN: 9789672422396

 

Ringkasan Buku

 

Buku Kefakiran dan Zuhud dalam Islam ini merupakan terjemahan Kitāb al-Faqr wa al-Zuhd, suatu bab dalam karya agung Imam al-Ghazālī yang berjudul Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn. Dalam karya ini, terdapat kira-kira 66 ayat Qur’an, 358 riwayat, dan 3 syair sebagai dalil, bukti dan penjelasan berkenaan kefakiran dan zuhud.

 

Sungguh pun kefakiran dan zuhud itu berbeza, namun saling berkait rapat, seseorang tidak dapat berada di peringkat kefakiran melainkan menempuh jalan zuhud terlebih dahulu dengan meninggalkan segala keinginan, keterkaitan dan keterpautan hati terhadap dunia dan segala macam habuan bagi dirinya.

 

Orang yang zuhud ialah orang yang berdikari dan mandiri, serta tidak bergantung harapan kepada orang lain, tidak meminta-minta, dan merasa cukup dengan apa yang dimilikinya. Walaupun kebergantungannya hanya kepada Allah SWT, namun dia tetap berusaha sedaya upaya dan sehabis baik dalam menyara kehidupan dan tanggungannya dengan bekerja mencari rezeki yang halal lagi baik.

 

Sama ada dirinya miskin atau kaya, hidupnya tetap bersederhana, tidak boros dan membazir, tidak juga kedekut dan kikir, tidak berbuat kezaliman dan kemaksiatan, bahkan sentiasa bersungguh-sungguh memperelokkan dirinya dengan sifat-sifat yang mulia dalam memenuhi tugas hakikinya sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di dunia, demi memperoleh kebahagiaan abadi di akhirat sana.

Kefakiran dan Kezuhudan Dalam Islam

SKU: 9789672422396
RM 45.00Harga
    bottom of page