top of page
Ringkasan Riwayat Hidup al-Khulafa’ al-Rashidin

Ringkasan Riwayat Hidup al-Khulafa’ al-Rashidin

SKU: 9789672422617

Ringkasan Riwayat Hidup al-Khulafa’ al-Rashidin karangan Za‘ba adalah raqaman kehidupan empat khalifah Rasūlu’Llāh yang dikisahkan secara ikhtiṣār (ringkas). Peribadi dan perjalanan hidup Abū Bakr, ‘Umar, ‘Uthmān dan ‘Ālī dicerita seringkas-padat yang mungkin, dipersembahkan laku perangai sepanjang bersahabat dengan Rasūlu’Llāh, tugas-tugas yang disempurnakan sebagai khalifah dan beberapa pergulatan yang terjadi sepanjang kekhalifahan.

 

Istimewa buku ini ialah gaya bahasa Pendeta Za’ba yang kemas dan tersusun dalam lenggok bahasa Jawi yang indah dini‘mati. Selain itu, buku ini juga dilengkapi nota kaki dengan ta’liq (komentar ringkas) terhadap istilah yang memerlukan keterangan, huraian ringkas peristiwa dan nama-nama tokoh, pembetulan fakta pada beberapa tempat dan catatan kepada sumber ayat-ayat al-Qur’an dan hadith yang Za’ba ruju‘.

 

Buku ini diterbitkan berdasarkan naskhah bersurat tangan yang didaftarkan di bawah nama Pendeta Za’ba yang ditemukan di Arkib Negara Malaysia. Catatan Za’ba pada halaman akhir buku ini menyatakan karangan ini siap pada 2 Julai 1945. Naskhah asli dalam Jawi dilampirkan untuk tatapan pembaca.

    RM35,00Harga
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page