top of page

ستوديو جاوي

Studio Jawi

Sharahan

Ke‘ilmuan

Bertemakan Bahasa, Seni dan Budaya oleh Tokoh dan Pembicara Berwibawa

Rasa Perpaduan di Malaysia, Dr Roslan Abd Jelani

Rasa Perpaduan di Malaysia, Dr Roslan Abd Jelani

Mainkan Video
Sebuah Negara yang bersatu-padu rakyatnya adalah ibarat sebuah taman yang indah, yang menyenangkan sesiapa juga yang berada di dalamnya. Setiap pohon dan tumbuh-tumbuhan yang berada di dalamnya saling lengkap-melengkapi dalam menzahirkan keindahan bagi taman tersebut tanpa mengira sekecil mana pohon dan tumbuh-tumbuhan tersebut.

Setiap satu tumbuhan dengan tumbuhan yang lain seolah-olah sedang bersama-sama bersepakat mengalunkan muzik alam yang merdu dan tersusun rapi, dan setiap kali angin bertiup, maka kedengaranlah nada muzik alam yang mengasyikkan, ditambah pula dengan latar belakang bunyi air yang mengalir dari anak sungai yang berdekatan, dan kicauan burung yang sedang berkumpul.

Oleh sebab itu, setiap satunya berhak kepada penjagaan yang rapi, diberi baja dan disirami dengan air yang mencukupi dan berpadanan dengan keadaannya masing-masing, tidak terlebih dan tidak terkurang. Sudah tentu seseorang yang berada di dalam taman itu tidak akan berasa bosan dan jemu melihat keindahan taman itu kerana suasana itu memberinya perasaan damai, selesa, senang, nyaman dan riang.

Boleh dikatakan, taman indah itu memberi kenikmatan perasaan dan jasmani. Taman itu pula perlu dibenteng dengan batu-bata bagi menutupi apa jua jalan masuk binatang-binatang liar, dengan itu taman itu terhindar daripada diganggu haiwan seperti ular dan biawak. Hanya burung dan serangga terbang sahaja yang dibolehkan memasuki taman itu.

Demikianlah gambaran kasar yang kita harus cita-citakan kekal berlaku dalam Negara kita. Walaupun setiap satu bangsa dengan bangsa yang lain secara tabiinya dan secara luarannya terpisah dengan pembawaan agama dan budayanya masing-masing, namun jika dilihat dari dalam, mereka bersatu sambil menyerlahkan persefahaman yang melambangkan keseluruhan, tetapi kekal dengan peribadi dan gaya tersendiri.

Ikuti sharahan ini untuk mengetahui apakah unsur asasi bagi membentuk perpaduan sebagai bangsa, khususnya di tanah air tercinta - Malaysia.

Dr Roslan Abd Jelani

Dr. Roslan Abd Jelani merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). Beliau memiliki ijazah Sarjana Muda daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial daripada Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang Pemikiran Islam daripada International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) dengan judul Modern Values and Their Relationship to Thought Patterns and Behaviour of Leardership: A Preliminary Study (2007). Terkini, beliau dianugerahkan ijazah Doktor Falsafah daripada Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (RZS-CASIS). Judul kajian beliau adalah Conceptualization Of Modern Leadership Within Al-Attas’ Framework Of Adab (2022). 

 

Beliau pernah berkhidmat di beberapa badan kerajaan dan kementerian dan memiliki pengalaman luas melebihi 30 tahun dalam menzahirkan tanggungjawab mengenalkan wacana kepimpinan berakhlak dalam perkhidmatan awam berdasarkan kerangka Pandangan Alam Islam. Beliau merupakan seorang murid dan individu yang berkhidmat dan membantu Tan Sri Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam banyak sudut secara sepenuh masa. Beliau juga merupakan antara pensharah utama dalam Siri Wacana Pandangan Alam Islam (WISE) anjuran HAKIM-TA’DIB yang telah berlangsung sejak 2011 hingga kini. Beliau kini giat menyampaikan kuliah dan sharahan di beberapa tempat mengenai pelbagai tajuk dan idea besar mengenai kepimpinan, pengurusan, bahasa, sejarah, kebudayaan, falsafah, akhlak dan lain-lain yang diperoleh melalui khazanah perbendaharaan Islam dan kerangka Pandangan Alam Islam. 

Kitab

Suara

Karya Jawi dibacakan untuk Anda

Buku audio bahasa Jawi

ڤندوان بڠسا

Panduan Bangsa

Tuan Guru Haji Ahmad Hashimi

Disuarakan oleh:
Jef Hazimin Jaafar

Dengar Bab Contoh

Podcast

Jawi

Perbincangan Persuratan Jawi

Podcast Mulaqa

Podcast Mulaqa

Podcast Mulaqa
Cari video...
Studio Mulaqa Episod 01: Ekosistem Perbukuan

Studio Mulaqa Episod 01: Ekosistem Perbukuan

28:45
Mainkan Video
Studio Mulaqa Episod 03: Farid Akram, Pengalaman Seorang Penggiat Buku

Studio Mulaqa Episod 03: Farid Akram, Pengalaman Seorang Penggiat Buku

48:26
Mainkan Video
Studio Mulaqa Episod 02: Gerakan Literasi Indonesia bersama Yogi T. Ronaldi

Studio Mulaqa Episod 02: Gerakan Literasi Indonesia bersama Yogi T. Ronaldi

38:39
Mainkan Video
Studio Mulaqa Episod 04: Mengenang 100 tahun Za‘ba

Studio Mulaqa Episod 04: Mengenang 100 tahun Za‘ba

57:32
Mainkan Video
bottom of page