top of page
Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu

Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu

SKU: 9789671474839

Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu

Abdullah Abdur-Rahman

Diperkenalkan & Dirumikan oleh Muhammad Syukri Rosli

 

Harga: RM55.00

Jumlah muka surat: 302+xi

ISBN: 978-967-14748-3-9

Petuturan Melayu ‘ibārat peta atau panduan naḥū yang menerangkan kota bahasa Jāwī, ya‘nī menunjukkan jalan dan arah yang perlu dilalui bagi tiba ke ma‘nā yang tersīrat yang berdiam di dalam “binaan” Perkataan. Setiap satu perkataan itu terbina oleh “batu” Nama dan “bata” Pebuatan, dan diikat oleh “simen” Diwal. Jika Perkataan itu di‘ibāratkan sebagai “binaan”, maka tinggi-rendah, besar-luas dan sempit-lapang binaan itu ialah Segala Kelakuan perkataan – ya‘nī aneka ragam binaannya.

 

Di dalam kitāb ini setiap satu binaan, batu, bata, simen dan aneka ragam binaannya disertakan ta‘rīf dan contoh bagi memahami kepesatan kota bahasa Jāwī.Karya sebelum Perang Dunia, yang membicarakan nahu bahasa Melayu berdasarkan pengaruh nahu Arab dan Inggeris. Susunannya hampir menyamai aturan Raja Ali Haji (m. 1873M) yang dikarang menerusi Bustān al-Kātibīn dan Kitāb Pengetahuan Bahasa, yang mengikuti gaya-aturan nahu Arab terkenal, Matn Al-Ājurrūmiyyah.Petuturan Melayu ialah satu usaha ‘ilmiyyah bangsa Melayu dalam menyusun bahasanya menjadi bahasa yang luhur, ya‘nī sebagai bahasa ‘ilmu.

 

Ia sebagai sebuah karya yang penting bagi memahami struktur bahasa Jawi dan kitab tua Melayu. Kitab ini ialah salah satu kitab nadir yang penting dalam perkembangan nahu atau tatabahasa Melayu yang diusahakan oleh anak tempatan.

    RM55,00Harga
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page