top of page
Islam Dan Sekularisme

Islam Dan Sekularisme

SKU: 9789671471883

Islam Dan Sekularisme

Syed Muhammad Naquib al-Attas

Diterjemah oleh Khalif Muammar A. Harris

 

Harga: RM60.00 (Kulit lembut), RM80.00 (Kulit keras)

Jumlah muka surat: 236+ xx

ISBN: 978-967-14718-7-6 (Kulit lembut)

            978-967-14718-8-3 (Kulit keras) 

 

Islām dan Sekularisme, karya Profesor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas ini adalah sebuah karya agung kullī, sejagat atau universal, kerana seluruh isi kandungannya membincangkan dan menganalisa perkara-perkara paling asas dalam kebudayaan Barat dan agama Islām. Pendekatannya sekaligus ilmiah dengan hujjah yang kukuh dan dalil yang mengagumkan. Pendekatannya juga bersifat amaliah bila merencanakan perubahan kurikulum dan penubuhan institusi pengajian tinggi sebagai wahana paling strategis untuk mengembalikan kekuatan dan kemajuan umat Islām sedunia.

 

Karya agung kullī ini, yang memancarkan pergerakan teguh, wajib dibaca dengan teliti oleh semua golongan terpelajar Muslim termasuk pembuat dasar, dan ahli profesional. Bahkan buku ini patut dijadikan salah satu dari bacaan wajib di institusi pendidikan tinggi. Kewajipan menjadi lebih berat kerana sejak satu dekad kebelakangan ini, terlalu ramai cendekiawan, pemimpin politik dan aktivis Islām sedunia telah dirundung kekeliruan dan penyakit rendah diri yang amat parah, sehingga tidak malu dan segan lagi menolak dasar-dasar agama Islām serta Akhlak dan Shari‘ahnya. Mereka telah mentafsir, dan menilai semuanya dengan kaedah dan rumusan yang terlahir secara langsung daripada program falsafah sekularisasi secara berlebihan. Karya ini sangat baik jika dibaca bersama karya karyanya yang lain yang dapat membantu pembaca memahami dengan lebih baik karya Islām dan Sekularisme ini khasnya, dan pemikiran serta sumbangan beliau umumnya.

    RM 60.00Harga
    Belum ada UlasanBagikan pemikiran Anda. Jadilah yang pertama untuk meninggalkan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page