top of page

Sebuah risalah 16 muka surat yang mengisahkan penemuan Batu Bersurat Terengganu, perdebatan tentang tarikhnya, isi kandungannya, serta kepentingannya dalam memahami sejarah dan identiti umat Islam di ‘Alam Melayu.
 

Risalah ini memuatkan rajah bergambar Batu Bersurat bersama alih huruf teks asal ke tulisan Rumi. Turut dijelaskan teka-teki tarikh batu ini dan bagaimana ia akhirnya dirungkai selepas kekeliruan selama 50 tahun, dengan menggunakan ‘ilmu khat dan ‘ilmu falak. Satu panduan ringkas, namun padat dan berwibawa, untuk menelusuri warisan awal Islam di rantau ini.

Siri Pengenal: Batu Bersurat Terengganu

Rating is 5.0 out of five stars based on 1 reviews
RM 15.00Harga
Kuantiti

    Ulasan

    Dinilai 5 daripada 5 bintang.
    Berdasarkan 1 ulasan
    1 Ulasan

    • Fariz Azfar11 Jul
      Dinilai 5 daripada 5 bintang.
      رسالة باتو برسورة ترڠڬانو

      الحمدلله ساي تله سلسي ممباچ رسالة باتو برسورة ترڠڬانو اين. اد ببراڤ ڤركارا يڠ ممبواتكن ساي تروج اداله سجارهڽ دتوليس دڠن جلس سكالي تنتڠ اوسيا، ارتي ڤركتأن ملايو كلاسيک يڠ دڬوناكن ، كلبيهن دان كڤنتيڠن باتو برسورة اين. اكن تتاڤي الڠكه موليقڽ جكالو ڤربحاثن اين دترڠكن دڠن لبيه مندالم ستيڤ باريس اية ڤد باتو برسورة ايت سڤرت داولس اولڠ ستيڤ معنى باريس ترسبوت. ايت سهاج ڤنداڠن ساي معاف جك اد ترساله كات. تريما كاسيه اكاديمي جاوي مليسيا اتس اوسها يڠ چمرلڠ اين سموݢ تروس مڽومبڠ انتوق رعية.

      Adakah ini membantu?

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page