top of page

Kompas ‘Ibādat Mu’minīn Sharaḥ Minhāj al-‘Ābidīn ini ialah sehimpunan intipati penting yang terkandung dalam kitab Minhāj al-‘Ābidin karangan Imām al-Ghazālī, serta sharahnya oleh pengarang dalam bentuk yang ringkas.

 

Penerbitan ini dimulakan dengan jilid pertama yang padanya mengandung ringkasan ‘aqabah pertama dan kedua daripada Minhāj al-‘Ābidīn. Jilid kedua pula menyambung perbahathan ‘aqabah ketiga iaitu ‘aqabah al-‘Awā’iq (halangan kepada ‘ibadah) daripada kitab Minhāj al-‘Ābidīn. Tumpuan khusus diberikan kepada tiga ‘awā’iq yang pertama, iaitu dunya, makhluq (manusia) dan shaytan.

 

Jilid ketiga pula menyambung perbahathan mengenai nafsu yang merupakan ‘awa’iq keempat di dalam ‘aqabah ketiga iaitu ‘aqabah al-‘Awā’iq (halangan kepada ‘ibadah) daripada kitab Minhāj al-‘Ābidīn. Tumpuan khusus diberikan kepada ancaman nafsu, cara mengekang dan melawannya, perihal taqwa, fasal menjaga anggota yang lima iaitu mata, telinga, lidah dan hati.

 

Adapun jilid keempat memberikan tumpuan khusus diberikan kepada salah satu bahagian dalam fasal menjaga anggota yang lima iaitu fasal menjaga perut serta ditamatkan perbahathan ini dengan kesimpulan dan ringkasan ‘aqabah ketiga (‘aqabah al-‘Awā’iq).

 

Pengarang, Dr Khairatul Aqmar Abdul Latif merupakan seorang Pensharah di Universiti Islam Selangor (UIS).

 

Dapatkan Kombo Istimewa Kompas ‘Ibādat Mu’minīn Sharaḥ Minhāj al-‘Ābidīn dengan harga RM50.00 sahaja!

Kombo Kompas Ibadat Mu'minin Sharah Minhaj al-'Abidin

RM50.00Harga
Kuantiti
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page