Risalah ini ialah himpunan dua jenis peta bintang yang direntangkan pada risalah berbentuk akordion.
Peta pertama ialah Peta Laluan Matahari sepanjang tahun merentasi 12 buruj zodiak Yunani, bermula buruj Biri-biri (al-Ḥamal/Aries) dan diakhiri buruj Ikan (al-Ḥūt/Pisces).
Peta kedua di belakangnya pula ialah peta Manāzil al-Qamar (perhentian-perhentian bulan), dimulai dengan Dua Tanduk Bebiri (Sharaṭān) dan diakhiri Perut Si Ikan (Baṭn al-Ḥūt). Setiap manzilah ini dipetakan pada buruj ‘Arab badwi yang asli sebelum dipengaruhi kebudayaan Yunani.
Bahagian kulit belakang risalah ini disertakan penerangan ringkas berbentuk grafik tentang konsep-konsep asasi peta bintang ini. Manakala pada kulit hadapan, diletakkan terjemahan Jawi bagi buruj Yunani, ‘Arab dan Manazil al-Qamar yang diselarikan dalam satu bulatan.
top of page
RM 15.00Harga
Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda.
Jadilah yang pertama memberikan ulasan.
Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن
bottom of page