Penyurat: Jalan Menulis Jawi Penggal 1
Penyurat: Jalan Menulis Jawi Penggal 1 adalah ikhtiyar permulaan bagi memahami aturan menyambung huruf Jawi.
Menuruti jalannya dari halaman ke halaman sehingga habis sangat baik untuk menetapkan dan membiasakan gerak tangan kita bagi menyambung huruf-huruf Jawi dengan bentuk-bentuknya yang sempurna.
Mudah-mudahan dengan permulaan ini akan timbul minat yang mendalam untuk terus melatih diri menulis Jawi.
Ciri-ciri Utama
- Salin-Padam: Kertas yang digunakan membolehkan tulisan dipadam dan diulang tulis semula.
- Pen: Disertakan pen & pemadam untuk memudahkan latihan.
- 3 Bahagian: Bermula dengan latihan tangan, bentuk huruf Jawi & petikan.
Kesimpulan
Penyurat: Jalan Menulis Jawi Penggal 1 adalah sebuah buku latihan menulis Jawi berbentuk salin-padam yang boleh digunakan berulang kali. Sesuai untuk kanak-kanak juga orang dewasa yang ingin membiasakan diri menulis Jawi semula.




























































