top of page

Judul asal Cerita Ka‘bah ini ialah Tārīkh al-Ka‘bah al-Mu‘aẓẓamah: Lunas Perceritaan pada Aḥwāl-aḥwāl Kelakuan yang Berlaku di atas Ka‘bah Bayt Allāh al-Ḥarām, pertama kali dicetak dalam Bahasa Jawi pada tahun 1940. Naskhah ruju‘kan untuk penerbitan edisi Rumi ini adalah daripada cetakan yang telah dikemas kini oleh pengarang pada tahun 1966.

 

Pengarang menyusun karyanya ini dengan mendahulukan sejarah pembinaan Ka‘bah yang telah melalui tiga belas kali binaan, kemudian diteruskan dengan huraian objek-objek yang terdapat pada Ka‘bah seperti pintunya, kelambunya, perhiasannya dan saluran airnya, sebelum diakhiri dengan ‘adat perbasuhan dan penjagaannya.

 

Menurut pengarang, beliau telah meruju‘ sejumlah kitab-kitab ‘Arab dalam menghasilkan karya ini, selain “tilikan pandangan dengan mata sendiri di Ka‘bah yang ada sekarang dan dengan peringatan yang saya tahu perkara yang telah berlaku pada masa saya di Makkah al-Musharrafah.”

 

Selain gambar-gambar lama al-Masjid al-Haram yang diambil dari naskhah ruju‘kan, edisi Rumi ini turut memuatkan sejumlah gambar daripada beberapa sumber sezaman. Istimewa lagi dilukiskan semula lakaran pelan al-Masjid al-Haram pada awal abad ke-20, serta ilustrasi binaan al-Ka‘bah al-Musharrafah.

 

 

Cerita Ka'bah

SKU: 9789672422891
RM45.00Harga
Kuantiti
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page