top of page
Mengalir Dari Syurga.png

Terbitan Baharu!

Mengalir dari Syurga: Tafsir Mawdu'i Sungai

Zulkifli Mohd Yusoff & Zaini Ujang

Terbitan
Akademi Jawi Malaysia & RZS-CASIS

  • Apakah intipati ajaran Islam tentang pelestarian sungai yang boleh mendorong untuk membersih, menjernih atau mengindahkan aliran sungai di negara majoriti Islam?

  • Apakah kerangka amal Islami tentang tanggungjawab memulihara sumber air, terutamanya sungai?

  • Apakah 37 ayat al-Qur’an tentang “syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” boleh menjadi pencetus amal pelestarian sungai dalam kerangka pemikiran umat Islam?

 

Penulisan Tafsir Mawdu‘i Sungai merupakan usaha sinergi untuk mengadunkan antara kepakaran bidang ‘ilmu al-Qur’an dan ‘alam sekitar. Usaha bersepadu ini bertujuan supaya ayat-ayat suci al-Qur‘an dapat mudah difahami, dibumikan dan dizahirkan ma‘nanya sepanjang zaman.

Tentang Pengarang

DZY.png

Dato’ Prof Dr. Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff merupakan  profesor di Jabatan Al-Qur’an dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (bermula 2006). Beliau merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Pembangunan Al-Qur’an Malaysia (LPQM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Akademik, Institut Kemahiran Islam Malaysia, Sarawak (IKMAS). Sepanjang kerjaya, beliau telah menghasilkan lebih 54 buah buku, lebih 100 artikel jurnal dan prosiding; menjadi penyelia akademik kepada lebih 100 pelajar lulusan ijazah sarjana dan PhD; dan menjalankan penyelidikan peringkat tempatan dan antarabangsa. 

DSZU.png

Profesor Emeritus Dato’ Seri Dr Ir Zaini Ujang ialah Pengerusi, Majlis Kelayakan Malaysia (MQA), Pro-Canselor, Management and Science University (MSU) dan Professor Fellow Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (2008-2013) dan Ketua Setiausaha enam kementerian berkaitan pendidikan tinggi, alam sekitar, air, tenaga, teknologi hijau, sumber manusia dan kesihatan (2013-2025).

Waiting Room

Kulit Keras
RM75

Kulit Lembut
RM55

Ingin dapatkan buku ini dengan diskaun menarik?

Kupon Diskaun 15%
Pesta Buku Antarabangsa KL 2026

Diskaun untuk judul baharu bakal terbit sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026

Terhad untuk 100 pendaftar terawal untuk judul ini sahaja.

Daftar

Isi borang pendaftaran

Semak Emel

Kod kupon akan diberikan kepada emel yang didaftarkan

Tebus Kupon

Tebus kupon diskaun di khemah jualan Akademi Jawi Malaysia

S620, Dewan Tun Razak 3, WTC KL

Sah dari 29 Mei hingga 7 Jun 2026 di PBAKL 2026 sahaja

Pelan Lantai PBAKL 2026@4x.png
bottom of page