top of page

Replika Peta Pancaran Cahaya al-Quran al-Karim ke Seluruh Alam

 

Saiz: A1 (594 mm x 841 mm) [melintang]

Peta sahaja (Tidak termasuk bingkai)

Harga: RM30.00/keping (Penghantaran beserta dengan kotak) Terbitan: Akademi Jawi Malaysia, Ogos 2018

Ma’lumat Peta: Peta ini diterbitkan bersekali dalam Tafsīr ‘Abdu'Llāh ‘Abbās Nasution (1912-1987), tafsīr seorang ‘ālim dari Kedah Dār al-Āmān. Beliau ialah mudir kepada pondok Ma‘had Iḥyā al-‘Ulūm al-Dīniyyah di Tanjung Pauh, Jitra, Kedah.

 

Keistimewaan peta ini: • Keseluruhan peta ialah dalam tulisan Jāwī dan dicetak dengan warna. • Bendera-bendera negara Islam dan negeri-negeri yang banyak diduduki oleh ummat Islam - lihat juga bendera negeri-negeri Melayu, bendera negara Malaysia dan Indonesia, bendera asal Singapura, dan juga bendera UMNO dan PAS yang hampir serupa. • Peta Kecil Sejarah perkembangan Islām di Kepulauan Melayu Raya berserta tarikh. • Peta Kecil Negeri-negeri Islām di India • Peta Kecil Negara Islām di Timur Tengah. • Peta Kecil Julung-julung Negara Islām yang Berjalan di dalamnya Ḥukūm-ḥukūm Allāh. • Taburan penduduk Islam di benua Asia, Afrika dan Eropah pada tahun 1960-an yang ditanda kepadatannya dengan warna merah.

Replika Peta Pancaran Cahaya al-Quran al-Karim ke Seluruh Alam

SKU: P01
RM 30.00Harga
Kuantiti
    Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda. Jadilah yang pertama memberikan ulasan.

    Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن

    bottom of page