top of page

Nasihat Bagi Segala Raja-Raja

Tuan Haji Muhammad Tayyib Bin Mas‘ud al-Banjari

Pengkaji dan Penyunting: Muhammad Mustaqim Mohd Zarif

 

Harga: RM45.00

Jumlah muka surat: 246+xi

ISBN: 978-967-2422-36-5

 

Judul penuhnya, Īqāẓ al-Ghāfilīn wa naṣīhatu al-Salāṭīn (Penjaga bagi Segala yang Lalai dan Naṣīḥat bagi Segala Raja-raja) mempersembahkan penulisan berbentuk nasihat yang bertujuan memberi pengajaran mengenai hal ehwal pentadbiran kerajaan dari sudut ketatanegaraan, melaksanakan ke‘adilan dan mencegah kezaliman menerusi kisah-kisah ringkas, tamthilan dan qiyasan tentang hukum-hakam.

 

Buku ini dikarang oleh Tuan Ḥāji Muḥammad Ṭayyib bin Mas‘ūd al-Banjarī atau Tuan Titi Gajah, seorang ‘ulama’ negeri Kedah, mufti, penasihat sultan dan guru yang mashhur pada abad ke-19 Masihi.

 

Adapun Īqāẓ al-Ghāfilīn ini digarap untuk memenuhi persekitaran khusus kerajaan di Kedah pada waqtu itu. Oleh kerana tujuan pengarangannya yang amat berfokus kepada pemerintah, dapatlah difahami mengapa ia kurang dikenali dalam kalangan masharakat ‘awam sedangkan ia adalah satu-satunya karya dalam genre adab ketatanegaraan yang dihasilkan di Kedah oleh anak watan negeri Kedah sendiri.

 

Shahdan, terzahir dengan jelas kepentingan karya ini menerusi peranan pengarangannya yang berbentuk naṣihat dan sewajarnya diketengahkan sebaris dengan karya-karya ketatanegaraan lain yang mashhur di ‘Alam Melayu seperti Tāj al-Salāṭīn dan Bustān al-Salāṭīn.

Nasihat Bagi Segala Raja-raja

SKU: 9789672422365
RM 45.00Harga
  • I’m a Return and Refund policy. I’m a great place to let your customers know what to do in case they are dissatisfied with their purchase. Having a straightforward refund or exchange policy is a great way to build trust and reassure your customers that they can buy with confidence.
  • I'm a shipping policy. I'm a great place to add more information about your shipping methods, packaging and cost. Providing straightforward information about your shipping policy is a great way to build trust and reassure your customers that they can buy from you with confidence.
bottom of page