A Malay-English Dictionary
R.J. Wilkinson
Harga: RM145.00
Jumlah muka surat: 717
ISBN: 978-967-14782-2-6
Kulit keras berjaket
Cetakan pertama Kelly & Walsh Limited, Singapura, 1901 Cetakan semula Akademi Jawi Malaysia, 2017 (kulit lembut), 2019 (edisi kulit keras berjaket dengan tinta emas)
Pengenalan: Pada tahun 1901, RJ Wilkinson seorang tokoh pengkaji Jawi berbangsa Inggeris telah menerbitkan sebuah qamus Jawi-Inggeris yang berwibawa yang dinamakan A Malay English Dictionary. Qamusnya menghimpunkan lebih 2000 patah perkataan Jawi dan diberikan ma‘na dalam bahasa Inggeris serta sumber-sumber perkataan tersebut. Akademi Jawi Malaysia telah menerbitkan semula qamus ini pada tahun 2017.
Mengandungi • Pengenalan Pengarang • Pengenalan tentang keistimewaan dan ṣifat Bahasa Melayu • Penta‘rifan istilah berdasarkan rujukan berwibawa dari manuskrip Melayu • Menyenaraikan pelbagai bacaan bagi sesuatu ejaan Jāwī (mithalnya تڠكل terdapat 7 cara bacaan) • Indeks untuk semua perkataan • Senarai perkataan Melayu berkaitan perubatan dan haiwan Sebuah qāmūs Jāwī yang patut dimiliki oleh semua pelajar, pengkaji dan peminat persuratan Jawi


























































