Pujangga Melayu
Mohd Affandi Hassan
Harga: RM95.00
Jumlah muka surat:
ISBN:
Pujangga Melayu adalah gabungan empat novel:
1) Jejak Warisan (terbit 1994)
2) Citra Pujangga (terbit 1994)
3) Tampang Sasterawan (terbit 1994)
4) Wajah Pendeta (terbit 1996)
Istimewanya edisi ini, ia dilengkapi dengan indeks bagi konsep-konsep penting yang diwacanakan.
Petikan daripada Pujangga Melayu
Ilmu bukan maklumat, kerana maklumat itu fakta-fakta daripada pengalaman kita. Pengalaman dan fakta membantu kita memahami kehidupan kita hari-hari. Ini memungkinkan kita mencipta sains dan teknologi. Apa juga yang kita cipta ialah alat kepada kita, oleh itu kita mesti kawal penggunaannya. Kita tidak boleh biarkan alat-alat itu menguasai kita. Itu sebabnya konsep ilmu yang betul sangat perlu, kerana ilmu yang berasaskan wahyu sajalah kita dapat menentukan kegunaan alat-alat yang kita buat. Kita juga dapat menentukan kegunaan semua kejadian alam ini.
“Dengan novel persuratan, aku maksudkan novel yang mementingkan hikmah, kebijaksanaan, ilmu, nasihat, petua, pengajaran, amaran tentang kebaikan dan keburukan. Sebuah novel yang tidak menjadikan khayalan sebagai dasar cerita, sehingga memungkinkan ditulis novel-novel tentang perkara-perkara yang berada di luar kemampuan akal manusia memahaminya, seperti tentang syurga dan neraka, kehidupan di dalam kubur dan hal-hal seumpama itu. Novel persuratan mengawal dengan ketat temanya, supaya tidak hanyut di alam khayal bersama emosi liar yang dipandu seluruhnya oleh iblis, seperti yang dibuat oleh para penulis novel sastera. Para penulis novel sastera mementingkan cerita, emosi, peristiwa yang aneh-aneh, watak yang juga aneh-aneh. Novel sastera tidak mementingkan idea.” (Pujangga Melayu, 2017)
top of page
SKU: 9789670627021
RM 95.00Harga
Belum Ada UlasanKongsi pendapat anda.
Jadilah yang pertama memberikan ulasan.
Judul Berkaitan • جودُل بركاࢨتن
bottom of page