top of page

Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi



Secara zahirnya, Jawi ini dilihat sebagai sebuah tulisan untuk Bahasa Melayu yang disuratkan dalam huruf ‘Arab. Sebenarnya, Jawi juga memiliki cabang ‘ilmu bahasa yang tersendiri. Cabang ‘ilmunya yang luas mencangkupi gaya Bahasa, pemikiran, sejarah sehinggalah kepada budaya peradaban Melayu.


Pun begitu, haqiqat Jawi pada hari ini hanya terhenti seqadar sebuah tulisan sahaja. Demikian ini membuatkan Jawi itu sendiri terlihat sempit dan tidak berkembang.


Tradisi Keilmuan Bahasa Jawi, karangan Muhammad Syukri Rosli dan Ahnaf Wafi Alias cuba mengupas perbicaraan Jawi, bukan sekadar tulisan, tetapi meneroka haqiqat sebenarnya yang lebih luas – iaitulah sebagai sebuah bidang ‘ilmu bahasa, pusaka persuratan para ahli ‘ilmu dan juga penyata ma‘na diri dan budaya bangsa Melayu.


Antara peristiwa yang menarik dalam buku ini adalah tentang penubuhan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja (P.Bm.P.B. Diraja) yang bertapak di negeri Johor Dar al-Ta‘zim. Pakatan ini ditubuhkan khusus untuk menyelidiki dan Menyusun atur bidang-bidang ‘ilmu bahasa pada tahun 1888M.


Gambar Dato Seri Amar Diraja ‘Abd al-Rahman Andak, pengasas P.Bm.P.B. Diraja (kiri) bersama Mejar Dato‘ Haji Muhammad Sa‘id Sulayman naib yang dipertua P.Bm.P.B. Diraja (kanan)


Walau bagaimanapun telah berlaku satu perubahan besar dalam perkembangan tradisi ke‘ilmuan Bahasa Jawi apabila semangat kebangsaan di Tanah Melayu yang mulai marak setelah serangan dan pendudukan Jepun pada tahun 1941 hingga 1943M, ditambah pula dengan pengaruh daripada Gerakan kebangsaan Bahasa Indonesia yang berasaskan tulisan Rumi.


Shahdan, ikuti perbicaraan lanjut tentang babak-babak penting yang telah berlaku melalui buku Tradisi Ke‘ilmuan Bahasa Jawi.




14 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page