top of page

Rahsia Kekayaan Melayu • رهسيا ككايأن ملايو

Updated: 27 Ogo



Kitab Rahsia Kekayaan Melayu atau nama lainnya Kitab Iqtiṣād Melayu adalah sebuah kitab karangan ‘Abd Raḥmān Jamāl al-Dīn al-Jempulī yang merupakan seorang ’alīm dari Singapura dan berasal dari Jempol, Negeri Sembilan.


Kitab ini memperihalkan tentang ‘ilmu ekonomi (iqtiṣād) khususnya mu‘amalat dalam Bahasa Jawi. Ia membahathkan jalan pencarian harta yang baik (Kasb) dengan keutamaan kepada berniaga (tijārah) yang boleh mendatangkan kekayaan.


Pengarang menjelaskan aturan perniagaan berdasarkan lima ḥukum wadʻi (yang pengarang istilahkan sebagai lima hukum taklifi), iaitu sebab perniagaan dijalankan, sharat-sharatnya, larangannya (māni‘), sahnya, dan fasidnya ya‘ni batalnya perniagaan apabila dilanggar sharat-sharatnya.


Pada bahagian akhir kitab, pengarang melampirkan bacaan berupa dhikir, tahlil dan do‘a yang menjadi kunci kepada Rahsia Kekayaan Melayu kerana pengarang sendiri menyarankan agar bacaan ayat-ayat ini dijadikan ‘amalan pada malam hari bagi ‘menghiburkan kepenatan berniaga’ dan ‘melayankan hati yang berangan-angan kepada wang ringgit’ pada siangnya.


Adapun Rahsia Kekayaan Melayu ini hanyalah salah satu permata daripada khazanah ‘ilmu iqtisad dan mu‘amalat ‘ilmuwan Islam. Rencana yang disusun pengarang sudah pastinya menuturi keadaan semasa zamannya terutama dalam hal peng‘amalan ekonomi masharakat Melayu pada sekitar 1950-an agar selari menurut prinsip-prinsip dan nilainilai mahmudah dalam ekonomi dan perniagaan Islam serta berdaya ekonomi yang mandiri.


Untuk bacaan lanjut, boleh lihat buku di sini:


35 lihatan0 komen

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
bottom of page