Pada 27 Oktober 2022, Akademi Jawi Malaysia berpeluang berkunjung ke Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pertemuan ini merupakan lawatan balas oleh Akademi Jawi Malaysia sambil melihat dan meneroka koleksi dan bahan yang terdapat di Perpustakaan Tun Seri Lanang. Pelbagai buah fikiran menarik yang dilontarkan sepanjang pertemuan ini berlangsung.
Kami kemudiannya dibawa melawat ruangan sekitar PTSL seperti Anjung Pro Canselor Tun Ahmad Sarji, Anjung Qurani dan Pameran Pustaka Manuskrip Alam Melayu. Adapun yang paling istimewa, kami berpeluang melihat koleksi khas dan nadir yang tersimpan dan dijaga oleh Unit Koleksi Arkib dan Khas, PTSL. Sungguh tidak ternilai khazanah yang dijaga baik dan tersimpan di situ. Masih banyak yang boleh menjadi kajian lanjut para sarjana.
Terima kasih En. Hazmir Hj Zainal (Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Seri Lanang) dan pasukan atas layanan yang santun. Doakan agar usaha aqrab ini berlanjutan dan berkekalan.
Comments