Sultan ‘Ala’uddin Suleiman Shah Ibni al-Marhum Raja Muda Musa ialah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Selangor ke-5.
Baginda terkenal sebagai seorang Sultan yang sangat berwibawa, sentiasa menitikberatkan perkembangan Islam dalam negerinya serta berpandangan jauh dalam so’al kemajuan dan kesejahteraan ra‘yat. Baginda ialah seorang pemerintah yang mempunyai nilai-nilai kepimpinan terpuji dan contoh tauladan terbaik buat ra‘yat dan para pemimpin pada hari ini.
Bahkan, jika dilihat dari sudut pandang sejarah, Sultan ‘Ala’uddin Suleiman Shah ialah salah seorang Raja yang telah mengarang kitab-kitab agama. Selain itu, Baginda turut berjasa menyusun atur ‘adat isti‘adat negeri, serta sering menyampaikan khutbah di masjid-masjid negeri Selangor dalam pemerintahan baginda.
Gambar Sultan ‘Ala’uddin Suleiman Shah sedang memberi khutbah di Masjid Alaeddin, Jugra.
Muhammad Adha bin Abd Jalil atau lebih dikenali sebagai Ku Alam telah mengarangkan sebuah riwayat hidup Sultan ‘Ala’uddin Suleiman Shah.
Buku ini meraqamkan riwayat hidup Baginda meliputi latar belakang seperti qawm qarabat, pendidikan, perjalanan hidup serta sumbangan-sumbangan sepanjang pemerintahan Baginda. Malah, buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar dan dokumen-dokumen nadir daripada koleksi keluarga Baginda dan Arkib Negara Malaysia.
Untuk mengetahui ma‘lumat lanjut mengenai buku ini, sila lihat di bawah:
Comments