top of page

Qa‘idah Penghejaan dan Perumian

Updated: 14 Feb 2023


ree

Eja/heja ialah kata serapan daripada Bahasa ‘Arab iaitu هِجَاء (hijā’). Dalam gerak kerja penerbitan, Akademi Jawi Malaysia telah menetapkan qa‘idah ejaan khususnya apabila melibatkan kerja-kerja perumian naskhah Melayu-Jawi.


Qa‘idah ini disusun supaya kerja mengalih huruf suatu naskhah itu daripada huruf Jawi kepada huruf Rumi tepat mewakili huruf asalnya (iaitu huruf ‘Arab atau al-ḥurūf al-hijā’iyyah).


Disebabkan huruf Rumi sedia ada tidak cukup untuk benar mewakili semua huruf ‘Arab, maka sebahagian huruf Rumi itu akan diubah suai supaya betul padanannya dengan huruf ‘Arab.


Lihat contoh ini:

Perkataan

Rumi moden

Rumi AJM

معنى

makna

manā atau mana

مأموم

makmum

mamūm atau mamum

مقصود

maksud

maqṣūd atau maqsud

مكتب

maktab

maktab

Jika diperhatikan pada sistem ejaan rumi sedia ada, nyatalah tidak tepat apabila huruf-huruf ع, أ, ق diwakilkan dengan huruf “k” semata-mata, kerana ketiga-tiga huruf itu amat berbeza makhrajnya. Maka huruf “k” itu hanyalah tepat untuk dipadankan dengan ك, bukan selainnya.


Oleh itu, Akademi Jawi Malaysia telah menyusun aturan baharu untuk huruf-huruf Rumi yang akan digunakan apabila merumikan naskhah-naskhah Jawi. ‘Umumnya, aturan ini hanyalah dipakai untuk mengeja perkataan yang berasal daripada bahasa ‘Arab sahaja.


Adapun qa‘idah perumian ini bolehlah dibahagikan kepada tiga, iaitu:

  • Perumian penuh: iaitu melibatkan perumian perkataan ‘Arab atau serapannya dalam suatu naskhah Jawi, atau untuk mengeja beberapa istilah ke‘ilmuan tertentu. Contohnya, perkataan عالِم dan إيمان masing-masing akan dieja sebagai ‘ālim dan īmān. Padanan huruf-huruf dalam qa‘idah ini adalah seperti di bawah:

ree
  • Perumian asas: iaitu melibatkan perkataan ‘Arab atau serapannya yang bukan hasil perumian suatu naskhah Jawi, dan bukan juga istilah ke‘ilmuan khusus. ‘Umumnya, qa‘idah ini boleh digunakan oleh pengarang hari ini untuk menyurat bahan karangannya. Secara ‘umumnya, qa‘idah ini hanya menjaga beberapa huruf tertentu seperti th (ث), kh (خ), dh (ذ), sh (ش), (ع), gh (غ), q (ق) dan (ء). Contohnya: khusus, dhat, masharakat, ma‘na, ghanimah, maqsud dan ma’mum. Lihat bandingan dua qa‘idah ini di bawah:

Perkataan

Perumian penuh

Perumian asas

وارث

wārith

warith

خصوص

khuṣūṣ

khusus

ذات

dhāt

dhat

مشاركة

mashārakat

masharakat

معنى

ma‘nā

ma‘na

غنيمة

ghanīmah

ghanimah

مقصود

maqṣūd

maqsud

مأموم

ma’mūm

ma’mum

  • Perumian biasa: iaitu melibatkan perkataan yang bukan berasal daripada bahasa ‘Arab atau serapannya. Qa‘idah ini akan menurut kebiasaan aturan yang diguna pakai pada hari ini seperti letak (لتق), beza (بيذا) dan sebagainya. Kecuali pada beberapa perkataan, seperti shurga (شرݢ) yang tetap memakai sh. Pendek kata, qa‘idah ini adalah untuk semua perkataan jati Melayu, Inggeris dan sebagainya, kecuali bahasa ‘Arab.

Adapun nama-nama khas yang telah rasmi dan sedia ada ejaannya dalam huruf Rumi, maka ejaan rasmi dan sedia ada itu akan digunakan, seperti nama orang, nama tempat dan sebagainya.


Sementara itu, beberapa tanda baca dan rumuz (simbol) telah digunakan dalam terbitan-terbitan Akademi Jawi Malaysia, seperti berikut:

ree


3件のコメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
عمر رحمت
عمر رحمت
2023年2月15日

Ada contoh penggunaan bagi simbol 'kata masukan' dalam buku yang telah diterbitkan oleh AJM?

いいね!
返信先

Simbol ini masih dalam bentuk 'vector', masih bukan 'font' lagi.

いいね!
bottom of page