top of page

Lidah Melayu: Kitab ‘Ilmu Bahasa Jawi

Writer's picture: اكاديمي جاوي مليسيااكاديمي جاوي مليسيا

Tuan Guru Haji Ahmad bin Ya‘qub al-Johori atau lebih mesra di Johor dengan panggilan Haji Awang adalah pengarang kitab Lidah Melayu. Kitab ini telah diterbitkan pertama kali pada tahun 1954. Kemudian, ia telah diperkenal, dirumi dan disunting oleh Muhammad Syukri Rosli, serta diterbitkan oleh Akademi Jawi Malaysia pada tahun 2021.


Menurut Tuan Guru Haji Ahmad bin Ya‘qub al-Johori, kitab ini diberi nama “Lidah Melayu” kerana ia menyatakan peraturan bahasa yang dituturkan oleh orang Melayu sebagai ruju‘kan untuk memahami kitab-kitab Melayu-Jawi dalam medan persuratan mahupun karang-mengarang.


Adapun perbahathan yang terkandung dalam Lidah Melayu ini merangkumi ‘ilmu nahu Jawi dan ‘ilmu mengarang sha‘ir, pantun dan seloka. Dalam kitab ini juga, pengarang menerangkan ma‘na dan penggunaan sendi-sendi kata yang sering dituturkan oleh orang Melayu.

Gambar diatas menunjukkan salah satu bahagian penerangan sendi kata yang sering digunakan


Namun begitu, seperti yang dijelaskan oleh Muhammad Syukri Rosli dalam Muqaddimah terbitan ini,


"... kitab Lidah Melayu seolah-olah seperti sebuah karya yang langsung tidak diperhatikan dalam sejarah perkembangan ‘ilmu bahasa Melayu secara ‘amnya, ataupun sejarah perkembangan Jawi secara khususnya. Ia seperti hilang daripada jangkauan mata sarjana dan lenyap daripada susunan ke‘ilmuan bangsa. Sungguhpun pengarang, Tuan Guru Haji Ahmad Ya‘qūb al-Johori, pernah menjawat jawatan penting pendidikan kerajaan negeri Johor, namun kitab sebegini sebegitu asing baik di perpustakaan mahupun di kalangan penjual buku nadir."

Untuk bacaan lanjut, boleh lihat buku di sini:


50 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

留言

評等為 0(最高為 5 顆星)。
暫無評等

新增評等
bottom of page