top of page
Writer's pictureمحمد شكري روسلي

Kebersesusunan • كبرسسوسونن

Updated: 17 Sep

Tempoh hari Dr Muhammad Ikhwan dan saya ada berbincang santai mengenai beberapa istilah matematik bahasa Melayu.


Dalam perbincangan itu, kami menilai beberapa istilah yang dikatakan tiada padanannya dalam bahasa Melayu


Salah satunya ialah “co-ordinate” yang diungkapkan dalam bahasa Melayu kini sebagai “koordinat”.


Dalam pembentukan istilah teknikal atau ke’ilmuan, memang sulit untuk kita temukan padanan dalam qamus atau terjemahan langsung konsep-kata itu.

Pun begitu, tidak semestinya bergantung harap kepada Kamus Dewan semata-mata.


Dalam penilaian semula terhadap istilah itu, Dr Ikhwan menerangkan bahawasanya ma’na co-ordinate ialah gabungan kata co- dan -ordinate. Ini bermaqsud bahawa perkataan ini ada ma’na berpasangan (co-) dan bersusunan (-ordinate, order).


Dalam menilai semula istilah “koordinat” yang kini digunakan dalam bahasa Melayu, saya menawarkan pandangan daripada khazanah bahasa Jawi.


Dalam ilmu Bahasa Jawi, ‘ilmu Tanggaman Bahasa digunakan oleh para pengarang dahulu untuk membentuk istilah baru. ‘Ilmu Tanggaman bertujuan untuk menggabungkan tanggaman (kini dalam BM DBP dipanggil imbuhan) di hadapan atau di belakang untuk mengembangkan sesuatu kata akar menjadi kata yang baharu.


Contohnya seperti di bawah:


Kata - کات

Berkata - برکات

Berkata-kata - برکات٢

Bersekataan - برسکتأن


Tanggaman terakhir itu barangkali sudah jarang digunakan kerana barangkali tidak dicatat dan diajar dalam Tatabahasa Dewan.


Pun begitu, dari segi ma‘nanya ialah terdapat ma‘na perbuatan berpasangan antara dua pembuat, yang saling-sama membuat perbuatan itu (iaitulah tanggaman se- -an)


Kembali semula kepada penilaian kata “koordinat”. Disebabkan ia mempunyai dua ma’na iaitu “berpasangan” dan “bersusun”, maka dengan ‘ilmu tanggaman bahasa Jawi, kita boleh menggubah kembali istilah ini menjadi:


Bersesusunan - برسسوسونن


Tetapi disebabkan bersesusunan itu masih di peringkat kata perbuatan, maka ia perlu diterbitkan lagi menjadi kata nama, jadilah ia:


Kebersesusunan - کبرسسوسونن


Barangkali pada peringkat awal ini susah hendak menyebutnya kerana tidak pernah kedengaran, tetapi ma’nanya boleh digapai kerana adanya bunyi Melayu yang boleh difahami apabila setiap satunya digabung. Kemudian, lama-kelamaan akan jadi kebiasaanlah.


Sebagai ahli kaji, mari kita ujijaya istilah ini sama ada cocok atau tidak dengan kegunaan ilmunya:


Kebersesusunan Akademi Jawi Malaysia ialah pada 2.8820061 garis lintang dan 101.7938474 garis tegak.


Apa pandangan anda?


Gambar: Manuskrip ilmu bahasa Jawi yang memaktubkan perbincangan ‘ilmu tanggaman.


90 lihatan4 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua

4 opmerkingen

Beoordeeld met 0 uit 5 sterren.
Nog geen beoordelingen

Voeg een beoordeling toe
Gast
20 sep.
Beoordeeld met 5 uit 5 sterren.

ترباءيق تروسکن ﻻݢي ستياڤ ميڠݢو

Like

Mohd Ikmal
Mohd Ikmal
13 sep.
Beoordeeld met 5 uit 5 sterren.

Salam buat Tuan Penulis,


Terima kasih untuk pendedahan yang disiarkan.


Pengistilahan perkataan daripada bahasa asing kepada bahasa Melayu amat penting dan perlu didedahkan lagi terutama kepada kami masyarakat awam. Masa moden menyaksikan ramai daripada kami kurang sejati dalam penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kami.


Like
Reageren op

Salam buat tuan Mohd Ikmal


Terima kasih atas ulasan saudara. In sha Allah kami akan berkongsi lebih banyak lagi khazanah ke‘ilmuan bahasa Jawi dalam menggubah peristilahan masa kini.


Sekian

Like

Gast
13 sep.

Cocok

Like
bottom of page