top of page

Kursus Kefasihan Bahasa Jawi kini bermula


Segala puji bagi Allah, Kursus Bahasa Jawi angkatan September 2023 kini sudah bermula.


Kursus kali ini diadakan secara dalam talian sepenuhnya, dengan kelengkapan studio pengajian Akademi Jawi Malaysia.


Istimewanya kursus kali ini mengumpulkan peserta serantau, dari Semenanjung, Sarawak, Brunei, Singapura dan Indonesia untuk belajar-mengajar Bahasa Jawi bersama-sama.


Akademi Jawi Malaysia bakal memanfa‘atkan perkembangan teknologi terkini untuk memberi pengalaman pembelajaran yang terbaik buat penela‘ah yang ingin fasih Bahasa Jawi.


Antara tarikan utama modul 01 Kursus Bahasa Jawi ini ialah persembahan artifak (replika), naskhah-naskhah sebenar Jawi serta penulisan Jawi menggunakan resam dan da‘wat celup.


Sebagai peserta kursus, mereka juga dikehendaki untuk menjawab ujian-kuiz dalam talian untuk kami menilai kefahaman mereka terhadap pembentangan yang telah disampaikan.

Semoga kegiatan 'ilmu ini menjadi penyambung sejarah panjang tradisi ke‘ilmuan bahasa Jawi dengan cemerlang, tentunya.


Untuk mengetahui ma'lumat lanjut tentang kursus, klik sini:



58 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua
bottom of page